FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Beza Sikap Orang KAYA dengan Orang MISKIN

Beza Sikap Orang KAYA dengan Orang MISKIN

APA AKAN TERJADI PADA SI MISKIN DAN SI KAYA ?

Saya cuba buat satu teka teki, yang lebih kepada pemikiran kritis alaf baru. Saya cuba tanya anak saya, apa akan jadi pada orang kaya dan orang miskin kalau mereka diberikan SATU JUTA RINGGIT setiap seorang. Jadi saya bagi anak saya Arreessa bincang dengan kawan sekolah , kawan jiran dan kawan BFF . Seronoknya macam macam jawapan yang saya dengar antaranya

1. Orang miskin akan jadi kaya.
2. Orang Kaya itu akan makin kaya
3. Orang miskin itu akan simpan, cari kerja
4. Orang kaya itu akan sedekah kepada orang miskin.

Dan macam macam lagilah jawapan budak budak nih. Seronok pula dengar jawapan mereka. Tapi masih tak meyakinkan saya. Agak agak apa jawapan saya ?

Jawapan saya semuanya bergantung pada SIKAP /ATTITUDE/MINDSET/HABIT/

Biasanya , orang miskin nih ada dua jenis. Satu sebab nasib tak baik. Satu lagi sebab sikap mereka. Yang jadi masalah ialah yang ada sikap yang teruk. Diorang ada habit yang menyebabkan mereka akan kekal miskin. Tahu tak habit tuh, biasanya habit orang miskin ini

– beli benda yang tak penting , yang tak mendatangkan duit, senang cerita suka BOROS.
– suka enjoy duit dari bayar hutang yang lebih penting.
– tak catat setiap duit yang keluar masuk dalam buku catatan
– belanja berlebihan dari kemampuan.
– tak pernah nak cari peluang buat pendapatan tambahan
– asyik merungut duit takde
– asyik salahkan orang lain

Kalau nak senaraikan sikap buruk nih, memang banyak. Orang yang ada sikap tak bagus nih, bagilah kemudahan yang cantik sekalipun, mesti akan cepat rosak. Korang pun tahukan ? Jadi masalah sikap nih , kalau tak bagus, bagi jelah apapun pertolongan, mesti takkan cukup, tak terjaga dengan baik, dan kalau bagi duit, mesti akan habis dengan cepat. Kalau sebut bab i- sinar nih, tentu jadi tak tentu hala kalau dapat gedebuk rm10k. Risau pulak duit tuh sepatutnya untuk benda penting macam uruskan hutang, boleh jadi nanti beli benda tak penting, contoh beli gajet canggih yang langsung tak membantu dalam mendatangkan pendapatan. Itulah masalah sikap tak elok yang membuat kita akan kekal miskin.

Orang KAYA pun sama. Ikut jugak sikap . Kalau jenis yang suka boros, memang habis juga duit satu juta. Tapi sikap orang kaya yang bagus nih akan membuatkan diorang kekal kaya. Biasanya kalau anak orang kaya bila nak warisi kekayaan bapak diorang, diorang mesti kena kerja jadi KULI dulu. Yes, kebanyakkan anak orang kaya kena kerja dari bawah, bukan terus terus jadi BOS macam drama pukul 7 petang. Sebabnya , nak kena belajar urus duit. Nak kena belajar , nak kena bentuk SIKAP yang betul sebel nak warisi kekayaan keluarga diorang.

Kesimpulannya, semuanya bergantung kepada SIKAP. Kalau ada sikap yang bagus, yang miskin akan jadi KAYA bila dapat SEJUTA. Tapi kalau ada sikap tak bagus, habis jahanam semuanya, baik yang miskin, mahupun yang kaya.

Jadi kalau nak KAYA, kena bentuk dulu SIKAP/HABIT/ATITUDE/ dulu, nanti tak terkejut beruk bila dapat duit nanti. Hahhaa.

Oh ye, topi B nih beli dekat econsave kampung jawa, 12 ringgit je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat