filem malaysia 2017

Apa Maksud Sebenar Bisik Pada Langit ?

Alhamdulillah, hari ahad lepas, melepaslah gian wife nak tengok cerita paling cool Kabir Bakhtiar Bisik Pada Langit, sebab dia tengok ada teaser kaw kaw , eh bukan teaser, tapi penonton orang awam, boleh tonton cerita tuh mula -mula. Nak tengok full movie, kena pergi wayanglah, hahaha, first promosi astro shaw nih pun menarik. Memang tak dinafikan, filem mesej kekeluargaan nih dah lama takde, asyik cerita cinta kaw kaw yang perlu tunjuk kereta mewah, padahal beli pakai loan riba tuh.

bisik pada langit

JALIL HAMID MEMANG  HEBAT GILA

Semua orang kata Jalil Hamid memang power gile berlakon jadi ayah.  Ummi Nazira memang pandai berlakon juga, bento dengan watak Dee yang cool, dan adik dia tuh, Iqram, hahah sapa tah nama ( boleh google ), itu pun pandai berlakon, masa dia kecik, dia berlakon drama baik punya. Tapi  cerita  ni bukanlah Siti Hajar tuh, tapi cerita dari perspektif seorang ayah, yang ada anak  perempuan, dilanda ujian berat.

Senang cerita, Siti Hajar kemalangan terus koma dan terus mati. Cerita dia pasal macam mana Jalil Hamid mula tersedar,  siapa sebenarnya ‘BAPA” kepada anak perempuan beliau. Hahha, macam  tulah, punya drama sana sini, nak jual tanah, akhirnya berjayalah bawak balik jasad anak perempuan dia. OK  tak ?

Nak sambung lagi pulak lepas tuh pakwe Hajar tuh, Irwan ke apa tah nama dia, muka asyik sedih je, lepas tuh bawak rakaman perjalanan hajar , guna laptop cap hp, memang sedihlah tengok. Tapi keseluruhan cerita tuh, memang aku bagi extra bintang untuk Jalil Hamid, memang berkesan. Memang power weih.

filem kabir bakhtiar

MEMBACA EMOSI KABIR BAKHTIAR

Biasalah filem , setiap pengarah, penulis skrip, pencetus idea, semuanya ada perasaan dan emosi yang ingin mereka sampaikan. Aku rasa, cerita ni sendiri dekat dengan kita, membawa aku rasa, mesti Kabir Bakhtiar pun ada masalah yang sama dengan  Jalil Hamid.

Dari perasaan ada anak, tak kisahlah anak perempuan, ataupun situasi “semua kena ikut prosedur taik kucing”, kita pun tahu, memang payah hidup zaman realiti nih. Perasaan ketidak puasan tuh, tentu ada pada setiap orang, dan tuan director nur kasih nih pun ada mesej yang ingin disampaikan.

Lagi-lagi juga nasihat kecil-kecilan, setiap dialog amat bermakna, mana taknya, ada je nasihat demi nasihat yang kita dengar dalam cerita nih. antara yang aku ingat, nasihat Jalil Hamid pasal hutang, Ummi Nazira pasal kena berjalan ke tempat orang, nasihat Pak long tuh jangan membazir, fikir panjang, dan macam-macam nasihat. Semuanya dialog yang bermakna.

Aku dapat rasakan, kalaulah budak seni kata takde bajet buat filem power, itu salah, apa yang penting ialah belajar asas, kreatif mencari tempat, dan paling penting pengisian kuat cerita nih, buat kita rasa terlupa dan memaafkan kesilapan teknikal dalam filem nih. Hanya kereta proton saga buruk, jeti lama tanjung piai, dah cukup membuatkan filem ni menarik. Tak perlu nak berlakon sewa rumah banglo pergi dubai bagai.

bisik pada langit

KENAPA BANYAK  SANGAT SCENE SOLAT ?

OKlah, sekarang aku baru nak masuk point dan mesej utama cerita nih. Kau tengok mesej dasarnya, pasal kekeluargaan, itu pun dah cukup buat budak budak, penonton faham, betapa sukarnya nak jadi anak, sukarnya nak jadi mak bapak, nak jadi boyfriend, dan macam-macam lagi.

Menariknya cerita nih, banyak gile scene pasal solat. Mula mula je solat, dapat cerita kemalangan je solat, dapat cerita  gembira pun solat. Masa Ummi Nazira koma pun sempat tunjuk scene solat, buktinya ada scene dia angkat jari tuh. Hahaha, jadi last sekali, sampai tiba ajal ialah solat jenazah. Setiap masa ada saje solat  tuh.

Akhirnya membuat aku faham maksud “bisik pada langit ” ialah SOLAT. Kalau kita solat, ye , kita seolah-olah bisik, kalau berjemaah tuh ialah kita cakap kuat, baca kuat. Tapi  SOLAT nih, buat sorang  sorang solat hajar, kau bisik pada LANGIT, ia kau bisik kepada Allah, apa masalah kau, apa yang kau nak, sampai setiap apa yang berlaku, istighfar, kesyukuran, itulah bisik pada langit. Ianya adalah ibadah, ianya penyatuan dan zikrulllah. Paling senang nak ingat, bisik pada langit ialah perbuatan kau mengingat Allah.

ujian rahmat allah

UJIAN ITU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Akhirnya, Jalil Hamid  baru tersedar, dia tahu, anak tuh ialah amanah Allah, bukan hak mutlak dia. Perasaan kita, yang tak boleh menerima hakikat, tak sedar setiap benda akan berubah, ada kesannya. Ujian ini membawa kepada pengajaran dan kesedaran.

Dalam kesedaran tuh, memang sukar nak terima, sebab itulah Allah suruh berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran. Payah nak terima, kau kena sabar, dan sampai satu tahap, kau akan memahami maksud sebenar ujian tersebut.

Tapi aku sendiri pun teringat babak dalam kereta perbualan anak beranak tuh. Babak tuh bagi aku sangat bermakna dan jadi refleksi pada diri aku sendiri. Hahhaha, mungkin korang tentu ada sudut pandang berbeza pada filem yang hampir patuh syariah nih. Apapun kita raikan pendapat berbeza, yang cuma filem seni je, hehehe.

4 comments on “Apa Maksud Sebenar Bisik Pada Langit ?Add yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge