Blog Terbaik 2013

Selamat datang semua kepada yang baru singgah blog saya ni. Oklah, disebabkan ramai juga yang nak direview blog nye, marilah kita sama sama membuat satu entry khas untuk review blog ni. Saya dulu pernah buat khas untuk blog Shaklee saya. Anak-anak Shaklee ni semuanya dah meletup letup buat Sales. Tahniah babah ucapkan. Oklah, sempena dengan bulan Disember yang penuh dengan sejarah ketamadunan manusia, marilah kita melihat beberapa blog yang best untuk direview. Blog ni telah menghantar alamat rumah mereka di entry yang lepas !!!
blog,terbaik,2013,shaklee, business, visitor,trafik,info,padat,
Blog Terbaik 2013

1. Daxxstories

Oklah kita mulakan  dengan Daxxstories. Ok, nampaknya blog ni banyak kisah kisah pelik, dan informasi terkini. Tapi kalau korang tengok belah kanan tuh, dah macam blog orang dewasa pun ada. Apapun, banyak juga info yang menarik kalau korang betul nak cari info untuk buat entry blog korang. Simple je layout, tapi aku nye lagi simple dari dia. Oklah, kalau korang suka tengok gambar Nasha Aziz, boleh terus ke popular post.

2. Memory in My Life

Background kelabu, dan ada pelangi di header blog, tentu sekali akan menceriakan anda dengan beberapa entry tentang jawatan kosong di sektor sektor awam dan swasta. Memang menarik juga blognya. kalau nak kerja ke apa, update pasal jawatan kosong, bolehlah korang singgah blog ni, sempoi dan mengujakan !!!

3. Naim World

aku tak pasti tujuan blog ni diwujudkan, tapi oklah, ada gambar gambar panorama Malaysia yang menarik, sempena tahun melawat Malaysia 2014. oklah, nampaknya bolehlah kita membaca blog ni dengan tenang. Oklah, header warna kuning, seperti warna Harimau Malaya. Orait, banyak juga pedoman yang ada dalam blog ni, semoga korang insaf dengan dosa dosa lama !!!

4. Dear Hafiz

Hooo, masuk masuk je, abang kacak dengan jelingan yang memukau akan membuatkan korang terus nak tahu apakah rahsia awet muda en Hafiz ni. Aku tengok macam macam info jugak yang ada dalam blog ni . Aku dapat rasakan, jalur jalur ungu pink di belakang blognya membuatkan korang akan teringat majlis kahwin seorang artis yang glamour. oklah, nampaknya yang paling memukau bagi aku tentu sekali topi yang di pakai hafiz tuh, sunggu bergaya sekali !!!

5. The Other Side of Me

Hmm, nampaknya jalur ungu putih dan pink memang menjadi faveret blogger yang comel comel ini. Nampaknya kisah kehidupan nya telah di tuliskan dengan penuh kasih sayang dan beremosi dalam blog yang comel ni. Oklah, aku nampak juga lukisan seorang gadis yang menjunjung pasu bunga di atas kepala, sambil bersandar di atas tembok batu dan meletakkan kasut cinderela di atas tembok tersebut. Oklah dapat rasakan bunga itu sebagai satu teropong kehidupan yang membantu nya menjadi lebih ceria dan menawan, sambil kasut itu seperti jejak seorang yang berjaya dalam bidang penulisan blog. Tapi kalau nak tahu lagi maksud di sebalik gambar bunga di atas kepala, tanyalah tuan punya blog !!!

6. JmBELOG

Hahah, bunyi macam JM nasi beriyani pun ada. Oklah, nampaknya blog ni, pakai tulisan je, tentu sekali banyak entry dalam satu page tuh, maybe korang kena klik pada tajuk sensasi yang korang rasa nak baca. Tulisan biru ni seperti seorang yang penuh dedikasi dan amanah dalam setiap perkara yang dilakukan

7. Husna Hasib

Oklah, gadis UK ni nampaknya telah masuk pertandingan review blog zayani kat blog no 5 kat atas ni. Oklah tuh, aku pun tak join apa apa lagi contest dalam blogger ni. Tapi banyak jugak gambar gambar cun kat UK dalam blog gadis misteri ini. Hoo, tentu sekali kalau korang nak jalan jalan UK, cubalah contact gadis misteri yang bernama Huna Hasib. Banyak cerita cerita menarik dalam blog ni, enjoy semua !!!

4 comments on “Blog Terbaik 2013Add yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge