FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Buah Mangga 30 Juzuk Shah Alam

Buah Mangga 30 Juzuk Shah Alam

BUAH MANGGA 30 JUZUK.

Ada sebuah gerai yang menjual buah2an di Jalan Kristal Seksyen 7 Shah Alam, kawasan parking kereta betul2 tepi Steakhouse Polperro. Gerai ini dijaga oleh Pakcik Farhan, kadang2 anak dia yang jaga.

Pakcik Farhan ni, perwatakannya menyenangkan. Berpakaian baju melayu, dan berkopiah. Setiap minggu, saya pasti akan membeli buah dengannya 1-2 kali. Dia tak lokek, selalu dilebihkan timbangannya dan dia kira sebagai sedekah.

Kelmarin, selesai beli buah, sempat saya bersembang2 dengannya. Dia tanya bila surau / masjid nak buka? Hatinya sedih sebab dah lama tak dapat nak berjemaah di surau.

Katanya dengan sayu, Allah tak izin kita jejak kaki ke rumahNya, kita nak kena muhasabah diri. Sebelum menamatkan perbualan, dia kata… “tak apalah, saya duduk sini baca quran saja…”

Walaupun dia mengisi masa dengan membaca Al Quran di gerainya, tetapi dia tidaklah memaparkan tanda “MANGGA 30 JUZUK” sebab dia menjual mangga, bukan menjual agama. Dia paparkan harga jualan mangganya “MANGGA 1 KILO RM7”.

Kepada yang berniaga, janganlah kita menjadi penjual agama, penunggang agama. Nak nampak lebih sikit dari orang lain, claim produk 30 Juzuk, bolehlah jual mahal sikit. Jubah 30 juzuk. Ayam 30 juzuk. Kain pelekat 30 juzuk. Janganlahhh…

Jika anda ada lalu berdekatan gerai buah Pakcik Farhan, sudi2lah support jualannya, mudah2an dapat membantu dia meringankan tanggungannya.

kredit : Zulfa Khairi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat