Buah Mangga Seksyen 8 Shah Alam

Buah Mangga Seksyen 8 Shah Alam

Oklah, kali ini nak cerita sikit pasal kisah buah mangga di Shah Alam. Ini senang cerita rumah bapak aku. Korang pun tahu, Abah kan suka bercucuk tanam, memasak, dan paling latest sekali Abah suka buat jus kiwi, sapa ada tengok, sedap wooo. Kali ini, Abah sekali lagi nak jadi model untuk video baru kami, iaitu Buah Mangga Seksyen 8 Shah Alam. Hoo, Abah rilek sudah, sebab tak perlu nak makeup baju cun, itulah dinamakan OTAI !!!

Manfaat Buah Mangga

Memang buah mangga bagus, korang boleh je search je apa yang ada kat internet, pasal mango ni. Senang je, kalau nak tahu, makan buah kan bagus, barulah kita sihat, oklah, tapi bila cerita pasal, nak menanam dan semua orang dapat rasakan, bila orang lain makan, barulah best, burung makan dapat pahala, boleh jual , dan macam-macam lagi. Tapi itulah dikatakan orang tua, kita kena tanam pokok, memang lama nak dapat hasil, tapi itulah yang aku belajar, akhirnya hasil itu, ranum dan sama sama merasa. Itulah satu bentuk saham akhirat !!!

Mana nak dapat ?

Jom kita ke rumah Abah, kat seksyen 8, selagi stok masih ada, jom layan, nak belajar tanam pokok mangga, jom jumpa Abah. hahaha, apa lagi jom kita tengok video kat bawah ni, jom layan !!!

Faiz Saaid

Seorang yang kacak berambut kerinting yang suka menulis idea merapu. Kalau ada cerita, semua cerita dia nak ulas dengan pandangan mata beliau yang sepet

This Post Has 8 Comments

  1. salam tuan.kt mana saya boleh beli buah pauh ni kat shah alam?

    1. boleh datang ke seksyen 8 shah alam, dekat je dengan surau

  2. salam tuan.kt mana saya boleh beli buah pauh ni kat shah alam?

  3. salam tuan…ada lg x buah mgga kecik ni..

  4. Saya mencari pelam pauh. Saya dari Sek6 Shah Alam. Masih ada buah lagi ke?

    1. boleh datang seksyen 8, takpastilah ada lagi ke tak, hari tengok
      ada banyak

Leave a Reply

CommentLuv badge

Close Menu