FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Buat Bisnes Bayar Zakat 4 Angka

Buat Bisnes Bayar Zakat 4 Angka

Bukan nak menunjuk zakat ya. Cuma saya rasa perlu bagitau benda ni.

kadang kadang orang nampak bisnes ni hanya sebab nak extra duit, pastu kau pentingkan diri, joli joli, untuk diri sendiri, dan lagi teruk lupa diri.

tapi kan sebenarnya kalau niat kita betul, makin kuat azam kita nak bekerja keras supaya dapat capai goal yang kita nak.

antara “ultimate goal” saya adalah nak bayar zakat 5 angka sebulan iaitu lebih RM10,000 sebulan. itu memang angan angan dan impian yang saya nak sangat.

cuma buat masa sekarang belum lagi dapat capai yang tu, tapi sedang usahakan supaya dapat buat juga.

asbab bisnes ni dapatlah bayar zakat setiap bulan lebih dari gaji saya sebulan masa kerja dulu. syukur sebab Allah bagi peluang. kalau Allah tak bagi jalan, takkan dapat juga. jadi ianya bukan sebab usaha saya, Allah yang bagi jalan. tapi kita kena usahalah bila dah dibuka jalan tu. jangan dok saja.

ultimate goal kita bukan sebab nak dunia yang sementara je. itu sebab jelas kenapa saya perlu kerja keras untuk capai ultimate goal tadi.

ini kali pertama saya share, dengan niat andai ada yang ingin buat benda sama, anda ada peluang tu, buatlah bisnes ni.

abaikan apa cakap orang, kalau jelas dengan apa yang u nak, terus saja.

dan insyaAllah saya akan share lagi jika berjaya keluarkan zakat 5 angka sebulan nanti. doakan saya dan team

kredit : Wan Fatihanum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat