5 Sebab Kenapa Nak Buat Blog Baru

5 Sebab Kenapa Nak Buat Blog Baru

Tentu ramai tertanya-tanya, kenapa suami Ainul Fadzilah nih nak tulis blog baru, adakah kerana blog lama tuh tak boleh pakai, ataupun aku sahaja nak mencari motivasi baru, ke sebab blog lama dah tak best, ke sebab cikgu sekolah minta tulis ulasan tentang  KBAT ? Semuanya aku akan jawab di bawah. Oklah, nak kata sebab nak tulis blog baru nih, ada  satu je,  yang lain adalah tambahan nak bagi sedap je.

1. GOOGLE ADSENSE

Oklah nak berterus-terang dengan korang, sebenarnya aku dalam plan nak apply non-hosted account  untuk google adsense. Kenapa nak apply account nih ? Kalau korang follow blog aku sebelum  nih, aku punya akaun google adsense dah approved. Hahha,  punyalah gembira satu kampung. Tapi baru tahu, yang aku punya tuh jenis hosted account. Sebab aku apply melalui platform blogger. Iklan adsense tuh pun hanya boleh guna dalam blogger je. Jadi, aku nak upgrade  sikit supaya aku bolehlah guna  untuk blog yang lebih bebas, dan paling best, kalau satu hari nanti aku ada aplikasi google android, bolehlah letak iklan adsense dekat situ. Ok best tak ?

najib tun razak

 

2. TRANSFORMASI NASIONAL 50

Wawasan 2020 pun nak dekat, nampaknya bila Tun Mahathir dah pergi parti harapan negara, nampaknya mungkin ramai dah lupa jasa beliau untuk menuju negara maju 2020. Tapi sebagai generasi muda, aku rasa aku nak menyumbang idea merapu aku untuk TN50 pulak. Walaupun aku tak pasti sama ada Dajjal dah turun ke belum, tapi idea menulis tetap ada, dan terus  membara semangat untuk menulis idea merapu, dari merapu akan menjadi penyapu. Jadi adalah sumbangan sikit, walaupun kulit aku tak sehitam Khairy Jamaluddin.

3. WORDPRESS

Semua  orang tahu, malah satu dunia  tahu, Mark  Zuckerberg pun tahu aku dan wife  aku  selalu memviralkan artikel di blogspot.  Beberapa bulan nih pun aku dan wife pulun buat  instant article, habis semua  orang kena viral keputihan melampau boleh kena kanser. Jadi memulakan menulis dalam platform wordpress nih, harap harap dapat belajar  lagi cara nak manfaatkan wordpress, dan paling penting duit masuk dalam poket.

4. EXABYTE

Nak dijadikan cerita, kitorang dah langgan hosting wordpress dari exabyte. Dia punya kelebihan, kitorang dah buat blog Diet Diet Sihat, yang fokus jual vivix shaklee, jadi sebab dah boleh tambah domain, aku buat blog nih, macam biasa sebab utama dia aku dah sebut kat  atas tadi. Harap-harap aku tulis ni ramah baca, google malaysia pun suka, kalau approve  akaun aku nih, nanti aku belanja karipap.

gadis pakai tudung

5. UQASHA SENROSE

Sebab yang paling tak masuk  akal, supaya abang joe dapatlah mengembalikan kecantikan bertudung Uqasha dulu. Walaupun dia dah free hair, tapi biasalah manusia up and down, jatuh bangun roller coaster, bagai  roda, harap-harap penulisan abang  joe dapatlah berpesan  pesan kepada kebenaran dan kesabaran, itukan dah pesan dalam quran. Bak kata ustaz Roslan Dai tv3, sentiasalah ada kebaikan di dalam dada, insyaallah dapatlah berubah, sebab hidayah itu milik Allah. Tak  caya  tengoklah Mizz Nina dulu dan sekarang, Felicia  Yeap, dan ramai lagi. Kita  doakan yang terbaik.

Harap harap korang  sokong abang untuk dapat akaun google penuh nih, kepada ajk pusat google, janganlah ketat sangat nak approve abang joe punya blog nih. OKlah, ini pun nak cari makan  juga, sedangkan Najib baik hati nak bantu  Trump, inikan pula en Google yang baik hati.

18 thoughts on “5 Sebab Kenapa Nak Buat Blog Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge