Buat Duit Dengan Google Adsense

duit internet

Tajuk tak gempak, sebab ramai dah otai-otai bloggers luar sana, internet marketer, semua kaki buat duit online. USD kaw kaw, ada yang dah pencen dan sebagainya. untung sikit, untung besar, duit tetap duit, hahhaa, USD pulak tuh. Jadi memang jangan kecam kalau kawan kau tetiba kaki tulis blog artikel viral, lepas tuh buat duit, tak pergi kerja.

Ini cerita aku yang  paling kelakar, hajat nak apply adsense ni sebenarnya dari tahun 2013 lagi, bila orang kata power sangat adsense ni berbanding nuffnang dan pengiklan yang lain. Oklah, takpa, try apply guna blog dalam hosting blogger nih, banyak kali tak lepas, last last jadi fedup, hahhaha.

Tapi tah macam mana, tetiba nak try apply sekali lagi. Siap guna email lain, apply balik, bajet tentu kena reject,jadi malas nak bukak email. Tah macam mana, ada satu hari, nak buka email lagi satu. Hhahaha, sekali tengok, rupanya blog aku ni dah approved adsense. Alhamdulillah, kelakar gila, sebab dah lama tak blogging.

Jadi jawabnya memang lepas ni gila kencang menulis blog, promote shaklee sambil promote blog, buat kerja  dua dalam satu. Sebab kelakarknya, email yang kata dah approved tuh  dapat pada 18 julai, semalam baru nak bukak email. Hahhaa dan sebulan lebih, hampir dua bulan. Earnings pun dah dapat, sikit  jelah tak macam korang. Tapi blog ni sempoi, kalau selalu update nih, jawabnya duduk rumah ngadap laptop jelah jawabnya. hahaha. apapun, rezeki tetap rezeki, Allah yang bagi !!!

0 comments on “Buat Duit Dengan Google AdsenseAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge