Buat Niche Blog Untuk Google Adsense

Buat Niche Blog Untuk Google Adsense

Buat Niche Blog yang bertumpu pada satu topik sahaja. Jangan buat blog rojak -politik, kesihatan, teknologi – semua dalam satu blog.

Blog saya freevideoworkshop.com bertumpu pada topik video sahaja. Dan dari topik video ini saya buat sub-niche iaitu – free video tools – panduan belajar buat video menggunakan perisian percuma.

Bila kita buat niche blog dan semua kandungan bertumpu pada niche itu Google akan memberi kita ranking yang tinggi dalam enjin carian, sekaligus membawa trafik yang tinggi ke laman kita.

Niche blog juga membawa CPC yang tinggi. Sekali klik boleh dapat lebih RM1. Cukuplah kalau boleh dapat purata 10 klik sehari. Sebulan dalam RM300 buat permulaan -tahun pertama.

Yang penting kena update kandungan setiap hari, kalau boleh. Content update ini bagaikan memberus gigi. Kena buat setiap hari kalau nak jana pendapatan Adsense yang serius.

Google akan perhatikan paras ‘content update’ kita. Antara lain buat kandungan original dan yang komprehensif. Algorithm Google boleh detect kandungan sambil lewa.

Jangan harap pendapatan Adsense dalam masa yang terdekat. Minima setahun sebelum boleh jana pendapatan dan dua tahun sebelum pendapatan stabil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat