Buffet Ramadhan Nasi Arab Sedap Shah Alam

Alhamdulillah, kalau korang rasa nak menderma, nak buat amal lebih sikit masa bulan ramadhan ni, apa kata korang datang sini, kat space U8, ada buffet ramadhan best punya, ini mahu tolong saudara  mara area sana. Semalam aku pergi masa tuh ada saudara islam Syria, memang lawa-lawa,.  Jadi niat aku ke sana bukanlah untuk mengurat awek syria, tapi lebih dari mencuba sendiri buffet masakan nasi arab yang dikatakan special sangat tuh.
 buffet ramadhan shah alam

Nak dikatakan buffet special masakan Nasi Arab tuh memang sedap, diakui  oleh bini aku sendiri, selain dari lauk pauk nasi putih biasa, ada jugak special nasi arab, kambing golek, kuih muih dan jugak teh arab, Kalau korang tak suka teh arab, korang boleh bedal teh tarik, ataupun hidangan air manis yang confirm manis. Tapi jangan minum banyak sangat, kang nanti esok puasa tak larat pulak. So , nak cakap kat sini, dia punya promotion baik punya, korang tengok sendirilah gambar kat bawah ok. Selain itu ada persembahan Safwan dan Brothers. Semalam aku pergi ada kumpulan nasyid Safwan, sekali dia punya azan kat situ sedaplah. Kat situ lepas bedal buffet ramadhan,, korang boleh stay situ, diorang buat solat maghrib, solat isyak dan solat tarawikh sekali. Gambar kat atas nak lebih-lebih, korang tengok facebook aku yang macho ni kat sini
nasi arab sedap shah alam
kumpulan nasyid terkenal shah alam
Oklah nak detail, lebih-lebih, aku cadangkan korang datang je spaceU8, takkanlah nak datang sebab nak layan wayang MBO tuh, ataupun nak jumpa awek korang yang duduk TUDM subang . Apa kata korang geng geng TTDI shah alam, datang bawak kengkawan, sedara mara, ofismate, gadis litar, gadis kaunter, minah kilang sume datang sini. Detail dia, boleh contact (ni ayat kopi teh kat fb)
– DEWASA – HARGA ISTIMEWA HANYA RM39.00
– KANAK2/WARGA EMAS – HARGA NORMAL RM25.00
LAGI “DUIT RAYA LUMAYAN” SEHINGGA RM1000 RINGGIT TUNAI!!! apabila anda menyertai contest “SELFIE & MENANG”!!!
LOKASI BUFFET RAMADHAN
TEMPAT : SPACE U8, BUKIT JELUTONG
(TEMPAT SOLAT DI SEDIAKAN)
TEL: 0111-791 4598
HOTLINE: 03 9108 3331

4 comments on “Buffet Ramadhan Nasi Arab Sedap Shah AlamAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge