FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Buffet Ramadhan Paling Sedap Area Ampang ?

Buffet Ramadhan Paling Sedap Area Ampang ?

Buffet Ramadhan Paling Sedap Area Ampang ? Alhamdulillah, kalau korang rasa nak try buffet ramadhan best, nak bawak satu keluarga, satu ofis, atau satu kampung, ataupun korang group insuran, group MLM ubat, MLM telefon, MLM simkad, atau apa saje persatuan anda, kelab ragbi, kelab memasak, ni saya nak cadangkan anda tempat paling cool nak buat iftar, kat mana tuh ? Area ampang ada satu tempat paling cool, iaitu Istana Bambu, terkenal dengan patin tempoyak, dan jugak macam macam lauk lagi khas untuk korang nak rasa berbuka kat kedai.

Buffet Ramadhan Paling Sedap Area Ampang ?

Kalau nak cerita tempat dia nih, korang boleh layan entry sebelum nih, hahaha, ini memang terbaik , tapi minta korang jangan datang waktu tengah hari time bulan puasa, confirm belum masak lagi, kang kantoi pulak tak puasa. Nak layan suasana kampung ditemani burung ikan dan sawah padi yang mengaburi keindahan saujana memandang, korang kena datang Istana Bambu nih, hahahha. feel tu penting, makan tuh lagi penting, yang lagi penting, datang jangan tak datang bawak sedara mara korang, makan kena bayar, itu standard, hahahha. Apa lagi, jom kita !!! Banyak lagi gambar  kat sini

Berapa Harga Buffet Ramadhan Restoran Istana Bambu 2016 ?
RM55.60 (Dewasa)
RM28.35 (Kanak-kanak berumur 5-11 tahun)
** bawah 4tahun percuma**

SPECIAL dari 7 June 2016 – 9 June 2016 Harga Buffet Ramadhan hanya RM40++net

Untuk tempahan hubungi :-

018-374 9920
03-4251 4717
012-2497 142 Aida (Pengurus Restoran)
03-4252 4718
Email : aida@istanabambu.com.myWaktu Operasi
Bermula 6petang-10malam

Web : www.istanabambu.com.my
Facebook : istana bambu restoran
Email : info@istanabambu.com.my

Alamat
Restoran Istana Bambu
Lot 841-842, MRR2
Jalan Ampang Ulu Kelang, Selangor

Patin Tempoyak Sedap Area Ampang

Salam sejahtera, kalau korang nak rasa Patin masak tempoyak paling sedap, korang pergi kat area bawah ini, betul-betul jalan sepanjang Zoo Negara. Patin tempoyak ini memang best, lagi-lagi korang time lunch, tak tahu nak makan apa, nak cari kelainan, nak suasana kampung ala tepi sungai pahang, korang kena terjah Istana Bambu kat bawah ini, sambil ada promo set untuk makan tengah hari.

Kalau korang datang sini, korang mesti rasa PAIS, hahah, ini resepi yang kat atas tuh, dibalut dengan daun , di masak campur sekali tempoyak dan dibakar, hahaha, ini adalah resepi inovatif, lain dari patin biasa. Patin ini lagi special sebab ambil dari Jerantut , bukan dari Temerloh. Tapi abang MC kata, kalau nak power pun, ambil kat Lipis , tempat Datok Siti. Buat yang tak makan ikan itu, jangan risau, ada daging salai dan juga ayam kampung. Ataupun korang boleh layan makan asam pedas kembung, buat yang tak tahan sangat makan ikan sungai. Kalau korang rasa tak suka tempoyak, tapi kena layan PAIS ini, memang sedap rasa pedas tempoyak di adun bersama ikan patin, woooo, rugi tak cuba weih. Yang aku taruk ini sikit je gambar, nak banyak gambar, kena tengok album facebook aku kat sini. Ok, jom datang datang sini, sebab nak buat apa apa majlis, nak buat buffet ramadan dan macam-macam lagi.

Buffet Ramadhan Putrajaya Paling Romantik ?

Buffet ramadhan yang paling romantik, hahaha, ni korang kena layan kat Spring Garden Putrajaya. Sempena nak puasa nih, rugi kalau korang tak layan suasana dan keindahan Putrajaya dari restoran ini, sambil menikmati lagu lagu tradisional dan juga  sajin lauk yang enak, kat sinilah tempat yang paling best yang korang boleh pergi. Nak layan abang masak ikan bakar pun boleh, hahaha.

Memang feel layan kat sini, korang datang awal sikit, dekat area Taman Botani Putrajaya, dekat  roundabout besar.  Kat situ bagus  korang datang awal, sebab korang boleh layan dulu Morroco punya tempat, kat situ Astaka Morocco memang cantik, lepas tuh bawak anak-anak korang berlari lari mengejar mimpi di padang rumput yang mengadap putrajaya  , tasik nan indah lagi permai, nasib takda bot je, sebelum nak tunggu azan, lepas tuh korang pergilah berbuka dulu, dan solat dulu, kat mana-mana, kat situ pun ada diorang nak buat bilik solat. Oklah,  lepas tuh, korang bolehlah makan, tapi jangan sampai tak ingat perut, kesian perut, baru nak diet, dah kena sumbat dengan lauk pauk dan satey. Hahhaha, nak lagi best, korang lawatlah blog wife aku nih, dia ada buat review sikit, baik punya !!!

Buffet Ramadhan Murah Seksyen 9 Bandar Baru Bangi

Alhamdulillah, dah masuk puasa nih, korang nak try berbuka di luar ? Ke korang saje saje jalan bangi nak jumpa dengan member, atau saje saje jalan bangi nak singgah kedai buku  dubook ? Lepas tuh nak cari tempat berbuka buffet boleh makan sedap ? Apa kata korang singgah kat sini, wisma kagumas, memang best punya. Ada lauk pauk sedap, makan best.

Antara yang paling special takda kat tempat lain tentu sekali ialah 3 jenis nasi nih, nak nasi putih,a tau korang nak try nasi minyak, selain kat sini ada lauk  -lauk sedap, macam makan kenduri punya. Nak feel lagi, ada ayam bakar, ada western, yong tau fu, mee goreng, air buah, dan macam-macam lagi, yang ni korang kena tengok fb aku leh, gambar banyak kat situ.

Oklah, kalau korang nak berbuka kat sini, aku tengok kat situ ada offer best, kalau beli 9 pax dapat satu free, jadi korang bolehlah contact Nurul Izzah Catering nih, memang mantop, mana tahu nak buat kenduri sekali lagi, nak buat kenduri koporat, keparat, semuanya ada. Eh jap, satu lagi best kat sini, surau ada, selesa, view baik punya, outdoor, boleh rasa senja di bangi.

Buffert Ramadan Laman Kayangan Seksyen 7 Shah Alam

Kalau korang rasa nak makan apa nanti nak berbuka apa sedap, sambil layan ghazal, kau pergi seksyen 7 ni senang. Layan makan kaw kaw punya. Bawak satu family, tempahan pun dah dibuka, apa lagi, boleh serbu , bawak sedara mara, ofismate, downline dan organisasi kumpulan MLM korang. Hahhaa, feel dia lain macam tuh. Ok, ni gambar orang main ghazal je, kalau nak gambor lebih leh tengok kat blog ainulmustafa nanti ok ?

2 thoughts on “Buffet Ramadhan Paling Sedap Area Ampang ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat