Bukan Salah REZEKI
Karya : Dr. Huda Bt Dato’ Haron
* Bukan rezeki yang sempit, mungkin sedekah kita yg masih semput.
* Bukan rezeki yang sedikit, mungkin kita yang kuat mengungkit.
* Bukan rezeki yg kelat, mungkin maksiat kita makin melarat.
* Bukan rezeki terputus putus,
mungkin kita gemar berkeluh kesah dan merintih
* Bukan nikmat yang kurang, mungkin terima kasih dan syukur kita yang tersangat jarang.
* Bukan hidup tidak tenang, mungkin solat kita culas, cacat dan terbelakang.
* Bukan rezeki yang tidak cukup,
mungkin Quran kita jarang buka apalagi baca, kelas
ngaji, talaqqi pun tak pegi,
nak hafaz pun jauh sekali, jauh panggang dari api.
* Bukan rezeki yang payah, mungkin kita kedekut berdoa,
nak zikir pun asyik lupa,
makin sombong makin angkuh mendabik dada.
* Bukan rezeki yang menyimpang *sesat*
Kerana,Sesungguhnya..
REZEKI…
TIDAK pernah salah alamat.
#sharingiscaring