FAIZ SAAID

Blog Orang Selangor

Buku Buku Lima

Buku Buku Lima

January 21, 2009 at 11:05 AM

Buku oh buku, ….. dulu saya rajin juga beli buku, tapi kurang kemaruk, sebab kebanyakan buku dah boleh download kat internet. Ahh, tapi buku yang hard copy, memang bernilai, senang rujuk. Berat jelah nak angkat. Tapi Kata kak naimah

“akedemik tak leh lari dari buku” , ” berguna beli buku , tak rugi pun”

Memandangkan saya akan jadi tenaga pengajar, penyelidik, pendidik, buku memang bernilai. Emak di rumah pun ada mini library, semua buku sasteranya ada di situ. Saya pun ada impian nak buat mini library di rumah sendiri. Disitu kita boleh sediakan tempat anak anak belajar, sambil saya pun boleh berkongsi ilmu dan memberi tunjuk ajar.

Memandang kena buat penterjemahan dari bahasa inggeris ke bahasa malaysia, saya pun mencari buku istilah, kamus yang sesuai. Macam macam buku beli, harap harap berguna, tak sekarang pun, berguna untuk masa depan.

Semoga mini perpustakaan dapat dibuat di rumah saya sendiri. Amin

Leave a Reply

Open chat