Cadangan Penambahbaikkan Infrastruktur Universiti Malaya

Salam sejahtera kepada pentadbiran Universiti Malaya. Saya Muhammad Faiz Mohamed Saaid, salah seorang pelajar phd di fakulti kejuruteraan ingin membuat beberapa cadangan penambaikan kepada infrastruktur yang ada di dalam Universiti dan Fakulti Kejuruteraan . Saya ada 3 cadangan penambaikkan yang saya terfikir sejak berada di kampus terbilang ini pada tahun 2009 hinggalah sekarang.
lima bintang, tandas, kejuruteraan,universiti, malaya, shaklee
Usaha menjadikan tandas kejuruteraan bertaraf 5 bintang

1) Perbaiki Penghawa Dingin yang lama

Saya selalu datang ke makmal kejuruteraan elektrik di Blok E, betul betul berdekatan dengan menara kejuruteraan. Saya dapati makmal itu sungguh strategik, dan mudah di cari, tanpa perlu menaiki tangga. Saya semalam datang lab pada waktu malam, sepatutnya saya rasa sejuk sebab malam. Tapi lain pula ceritanya, saya rasa seperti membuat penyelidikan thermodinamik yang panas lagi tidak menyenangkan. Sebelum ini, rakan saya pun ada menulis surat aduan untuk membaiki penghawa dingin yang lama, tapi sampai sekarang kami berasa sangat selesa dengan kepanasan yang ada sekarang. Saya takut nanti banyak kelengkapan prof sulaiman yang rosak, dan ini menjejaskan misi UM untuk menghasilakan banyak jurnal impak tinggi Q1. 

2) Meningkatkan Kelajuan Internet

Saya mendengar beberapa komplen dari salah seorang pelajar yang menyatakan keudahan Internet di Universiti Malaya tidak bagus. Saya berharap, beberapa kawasan penting seperti di fakulti, perpustakaan, dan tempat awam bagus untuk berdiskusi ilmiah boleh menampung kelajuan internet yang tinggi untuk para pelajar menumpukan perhatian. Selain itu, saya minta kelajuan internet di Fakulti juga dipertingkatkan, supaya kami semua dapat membaca dan menelaah jurnal jurnal yang bagus untuk memberikan idea yang bagus untuk penyelidikan kami. Saya juga bersetuju, jika kawasan koleh, tidaklah perlukan internet yang laju, supaya pelajar keluar dari kolej, dari zon selesa mereka, dan menelaah pelajaran di perpustakaan, fakulti , IPS dan sebagainya. Zaman sekarang semua buku dan bacaan boleh didapati di Internet dan ianya lebih praktikal dan mengikut kemajuan teknologi sekarang.

3) Membaiki Kemudahan Tandas

Saya memuji pihak dekan fakulti kejuruteraan menambaik kemudahan tandas yang terus bertukar menjadi tandas hotel lima bintang. Tapi malangnya, ada juga tandas yang tidak diselenggara dengan baik, seperti di Blok Penyelidikan, yang terus tiada air, kotor, dan berbau busuk ala-ala logi kumbahan air. Saya berharap pihak tuan dapat memantau dan memperbaiki kemudahan tandas ini. Saya rasa kebersihan ialah aspek yang penting bagi negara-negara maju di dunia.


Universiti Malaya Boleh Pergi Jauh

Saya berharap pihak tuan dapat memberi maklum balas terhadap cadangan saya ini. Sebagai Universiti yang akan menakluk ranking terbaik dunia, perkara-perkara asas keperluan ini perlulah di ambil tindakan, kerana benda-benda kecil ini boleh merencatkan kerancakan warga UM untuk bergerak maju dan berwasasan. Saya yakin UM boleh mengatasi masalah kecil ini yang  senang nak di atasi, sebab saya tahu UM banyak duit, siap boleh taja saya lagi sebagai pelajar phd yang berwawasan 2020. UM BOLEH !!!!

Yang Ikhlas
Faiz Saaid.




0 comments on “Cadangan Penambahbaikkan Infrastruktur Universiti MalayaAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge