Cara Buat Duit Lepas PMR

Hoo masuk lagi tajuk ni dalam carian keyword nuffnang aku. So kiranya nak cerita jugaklah pasal nak buat duit ni bagi lepasan PMR. So kat sini aku adalah tanya kawan aku Zainora dan Kerol. Oh oklah hari ahad bincang pasal benda ni , so dah dapat dah ada idea nak tulis pasal ni. Korang boleh melawat blig Shaklee diorang di sini.
buat duit dengan shaklee

  1. Kiranya secara undang undang juvana pun, budak budak takleh kerja lagi. Kiranya budak bawah 18 tahun bekerja itu dah dikira sebagai rekrut pekerja kanak kanak dah masuk tahap child abuse . Hoo teruk jugak ye undang undang bajet PBB ni.
  2. Dulu adalah si Kerol cerita, ada orang ni ambil pekerja bawah 18 tahun, memang lepas PMR. So katanya gaji penyata sume dapat. Tapi yang tak bestnya KWSP tak lepas, tentu sekali kerana umurnya belum cecah 18 tahun.
  3. Ainul pun ada cerita yang sama. Masa dia pergi kerja dulu dengan JKR, diorang kena pastikan setiap kontraktor yang kerja ni mestilah lebih 18 tahun. Sebab takut jugak JKR ambil tindakan, susah projek TM nanti.

So kat sini aku ada juga brainstorm dengan ainul dan rakan rakan yang lain pasal nak cari duit ni. So aku rasa ide aku macam ni je
  1. Bagus nye parent tuh bila ada kedai sendiri, tak kisahlah business, kedai runcit ataupun restoran. Masa ni diorang dah boleh belajar nak kerja, cari duit dan sebagainya.
  2. Jual barang terpakai recycle pun bagus, tak susah pun, cumanya mak marahlah takut kita keluar rumah
  3. Kalau nak buat Shaklee pun boleh, jadi boleh lah belajar promote dulu. So kita ajar dia buat blog dan fan page. Bayangkan blog dan page kita sentiasa update, memang blog tu menjadi lebih beharga. Tapi disiplin kena update blog tuh.
  4. Pasal update blog ni, budak lepas PMR lebih tahu, sekarang zaman dah moden. Aku tengok bebudak sekarang memang cari duit guna nuffnang, click sana sini dan sebagainya.

Apapun skil diorang, pendapat Robert Kiyosaki agak berbeza. ZAMAN remaja ni, dia tak galakan budak sekolah kerja semata mata duit. Bagi dia, peringkat ni bagus kalau dia WORK TO LEARN not WORK TO EARN. Ada benarnya juga, sebab kesalahan yang dia lakukan tu adalah satu pelajaran yang bagus, pengalaman yang berharga untuk dia.

2 comments on “Cara Buat Duit Lepas PMRAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge