Cara Pengiraan Kebarangkalian

Cara Pengiraan Kebarangkalian

Salam jumaat semua. Hari ini, masuk lagi ke bengkel makmal nuffnang, yang mana aku suka dengan keyword yang betul betul masuk dalam projek blog aku ini. Aku dapat rasakan, nuffnang memang bagi kaw kaw yang terbaik untuk kita hayati dan amati apa yang orang nak baca dalam blog kita. Oklah, buat hari ini, aku saja nak buka cerita pasal cara pengiraan kebarangkalian. Oklah, aku  pun pening kepala jugak sebenarnya nak kira kebarangkalian. Hoo tapi secara dasarnya, subjek ni penting dan aku pernah ceritakan sebelum ini , korang tentu boleh baca entry penuh  sejarah tuh. Oklah jom kita tengok subjek ni pulak !!!

Konsep Pengiraan
Oklah, cara mudah nak kira pengiraan kebarangkalian ialah dengan mengikut formula atas tuh. yang tu paling basic sekali. Kiranya, katalah kita ambil contoh duit syiling, kepala dan ekor, maknanya, event kepala akan keluar ialah sekali, dan semua benda yang terjadi, kalau baling duit syiling mesti dapat ekor dan kepala , maknanya ada 2 keluaran semuanya. Jawapan nye mudah, 1/2, itulah nilai kebarangkalian paling simple. Kalau dadu pulak, 1/6, sebab ada enam nombor, lepas tu yang keluar cuma 1 nombor je, takda punya 2 nombor. Hooo itu paling basic. Kira berapa banyak benda boleh terjadi, pastu bagi dengan semua keluaran yang boleh terjadi. Hmmm amacam ok tak ? Boleh faham ?

Nilai Kebarangkalian

Paling penting sekali di sini ialah nilai kebarangakalian adalah dari 0 hingga 1. Tak boleh lebih dari satu, tu dah silap namanya, bak kata dalam buku matematik dan sejarah matematik itu sendiri. Inilah teori nya, kalau nak tahu kebarangkalian itu makin kuat, maknanya kalau ianya makin dekat dengan 1, maka benda tu memang akan terjadi, tapi kalau makin dekat dengan 0, sukar nak dipastikan ianya akan terjadi atau tidak.

Gambarajah Pokok

Hahaha, pernah tengok tak gambarajah pokok, yang macam ular berangkai, atau mat jawa panggil tree diagram. hoo, kalau tree diagram ke bawah itu dipanggil skim pyramid. Kalau ke tepi, yang nilah di panggil keluaran, semua keluaran. hoo, Kenapa kena ada gambarajah ni. Senang je, oklah, katalah kita nak kira sesuatu benda tuh banyak kali. Ok, contohnya, dalam 2 kali balingan dadu, kebarangkalian untuk dapat nombor 1 berapa ? So boleh cuba tengok kat bawah ni gambar rajah untuk dua kali balingan dadu, hehehe.

Taburan Kebarangkalian
Biasanya, masuk je statistik, ada juga golongan cerdik pandai, boleh mencipta taburan kebarangkalian, dia mana taburan ni penting dan banyak membantu dari segi pengiraan kebarangkalian statistik dan sebagainya. Kiranya kalau nak di kira semua output dalam dunia ni memang tak logik, tapi dengan mengambil sampel dari semua populasi, senanglah nak agak berapa kebarangkalian untuk di kira. Guna taburan ni memang banyak membantu, terutamanya orang yang nak buat kajian tentang sesuatu masalah. Tapi orang kejuruteraan pun sekarang ni pun banyak gunakan taburan kebarangkalian untuk mengira atau nak estimate sesuatu keluaran. Hoo, memang pening, sampai aku pun pening dengan phd yang aku buat hahah.

Semua Allah Tentukan
Kalau nak diikutkan, memang betul semuanya Allah tentukan, kalau Allah kata YA, benda tu akan terjadi, dan tak boleh dielak. Tapi kita sebagai umat Islam yang maju ini, topik kebarangkalian banyak membantu kita, supaya kita boleh merancang dengan teliti, dan kita yakin dan usaha, barulah kita betrtawakal , sebab kita dah usaha sedaya upaya kita untuk meramal sesuatu keluaran atau output. Bukannya pun suruh main judi, tapi sekurang kurangnya, setiap perkara yang kita lakukan, kita dan buat analisis yang jitu dan kukuh, yang lain tu, kita berdoa dan berserah kepada Allah. Jangan salah faham pulak ok ?

6 thoughts on “Cara Pengiraan Kebarangkalian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat