Cara Pulihkan Semangat

Cara Pulihkan Semangat

Bagaimana untuk pulihkan semangat selepas kerugian dalam perniagaan dan hidup dalam cengkaman hutang?

Masalah,musibah dan kesusahan yang ditempuhi adalah peringatan untuk kita bermuhasabah dan meneliti kembali apa yang telah kita capai sebelumnya.Lihatlah “blue print” kita,ada sesetengah orang bekerja untuk membayar hutang maka itu yang dia dapat.Bekerja untuk bayar hutang saja.

Apabila seorang yang sudah jatuh muflis bertanya kepada diri sendiri “Apakah paradigma kita masa itu”? , “Apakah blue print kita’ ? , “Apakah pemikiran kita masa itu?” , “Bagaimanakah hubungan kita dengan Allah dan manusia?”.,”Bagaimana akhlak kita dengan Allah dan manusia?”.

Apakah niat kita berniaga hendak kaya atau hendak menunjuk? atau niat berniaga hendak mengikut cara rasulullah?Maka berniagalah mengikut jalan yang mulia,jual benda yang halal,berniaga untuk memewahkan diri dan orang-orang di bawah kita dan seluruh manusia lain.Apabila berniaga jangan tamak dengan mengambil keuntungan yang berlebihan.

Untuk memberikan semangat selepas jatuh dalam perniagaan,ingatlah apabila seseorang yang tidak berjaya dia merasakan kegagalan itu hanya sementara sahaja sebagai baja kejayaan fikirlah strategi bagaimana untuk bangkit semula.Ingatlah walaupun apa yang berlaku pada kita ,kita bukan apa yang kita ada maksudnya jangan mengukur diri kita berdasarkan apa yang kita miliki.

Kita hanyalah hamba Allah yang mengecapi nikmat kurniaannya maka bertakwalah padanya dan yakin bahawa rezeki semuanya daripada Allah.Allah akan membantu hamba-hambanya di dalam kesusahan.

kredit : ProfMuhaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat