FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Cara Terbaik Meninggalkan Kejahatan

Cara Terbaik Meninggalkan Kejahatan

CARA MENINGGALKAN KEJAHATAN

Cara untuk meninggalkan kejahatan ialah dengan lebih fokus melakukan kebaikan.

Sering dipesankan, buatlah kebaikan sehingga kita penat untuk melakukan maksiat. Kejahatan terjadi kerana banyak masa dan tenaga yang tidak digunakan untuk melakukan kebaikan!

Tegasnya, cara meninggalkan kejahatan ialah dengan melakukan kebaikan.

Cara mengurangkan masa menggunakan telifon bimbit ialah dengan banyak membaca Al Quran.

Cara meninggalkan mengumpat ialah dengan banyakkan berzikir dan berdakwah.

Cara mengusir buruk sangka kepada seseorang ialah dengan selalu mendoakannya.

Cara menghilangkan rasa benci dan marahkan seseorang ialah dengan memaafkannya.

Cara mengusir kesedihan diri ialah dengan menggembirakan orang lain.

Moga Allah beri kita kekuatan untuk meinggalkan kejahatan dan maksiat.

#motivasidakwah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat