FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Charger Smartphone Terbaik 2016 ?

Charger Smartphone Terbaik 2016 ?

Charger Smartphone Terbaik 2016 ? Alhamdulillah, sebelum raya, sempat jugak mendapatkan produk terbaik dari Innergie, supercharger ala madu 3, hahaha, untuk korang yang bising charger tak cukup kat rumah mak di kampung. Habis charger kena berebut, hahaha, jawabnya koranglah tak boleh nak selfie, nak update facebook, nak update gambar kat masjid (padahal raya je pergi masjid). Ini ada produk baik punya.

Charger Smartphone Terbaik 2016 ?

Oklah yang ni bukan nak cerita sangat pasal teknik jual charger handphone, teknik tuh korang boleh belajar dengan tauker charger. Yang ni adalah charger best. Contoh macamkat atas tuh, dia siap dengan adapter, bagus woo,  ini memang teknologi baik punya. Lepas tuh kotak dia  cantik, Hahha, cumanya wife charger ke device korang,  kena beli sendirilah, tuh abg joe tak jual ok ?

Nak diceritakan, hoo try jugak test charge handphone grand quatro yang slow ram tak sampai 1Gig, jadi charge hoo, memang kejap, beza dari biasa. Tapi yang best, dengan charger yang putih suci putih putih melati ini, telah menyelamatkan abg joe  punya power bank, yang dah lama berkarat macam player jdt nak dimasukan dalam padang untuk main first eleven.

Antara yang menarik , tentu sekali dia punya port dia ada 3 kosong, sesuai untuk korang adik beradik ramai, 3 abdul, 3 bujang lapok, 3 do re mi,  dan jugak 3 idiots. Tak lupa jugak abang salleh yaacob pun boleh bawak  travel dengan 3 bini dia tuh. hahahah. Memang  best wooo.

(INFO tambahan silalah layari http://www.myinnergie.com/us/product/11 )

SMARTPHONE WAWASAN 2020

Bila sebut pasal smartphone nih, aku rasa sudah tiba masanya aku beritahu betapa smartphone nih sangat penting. Ideal case untuk smartphone yang power nih, aku rasa ada beberapa ciri yang aku nak kat smarphone aku, ahaha, ni memang confirm takde, apple pun tak boleh hasilkan phone macam  nih.

1. GUNA TENAGA SOLAR
Hhahaha, yang ni sebab kalau guna tenaga solar , hybrid teknologi, memang power, sebab nak charging je cari je  cahaya, sinar matahari, terus jimat. lepas tuh dia punya tahan handphone nih dalam seminggu, waluapun kaw kaw main game, wechat , whatsapp , fb, fblive, hahha.

2. CAKAP JE DAH BOLEH
Hhahaa, yang nih, tak payah nak sentuh sentuh type, tapi aku cakap je, handphone ni buat, hahah, contoh nak update blog, aku duduk baring je, handphone ni dengar je aku cakap, dia tulis, memang kaw  kaw macam aku punya secretary.

3. DIA KAWAL CONTENT YOUTUBE
Dia kawal content bila anak aku nak rampas hphone nak tengok youtub, dia set auto screen brigtness dia, lepas tuh dia 30 minit je dia terus buat buat habis batery, hahaha, lepas tuh, dia punya canggi,  siap ada projector mini, terus jadi macam wayang.

4. GAMBAR VIDEO CANTIK  GILE
Hahhaha yang ni video gambar dia kaw kaw cantik, lepas tuh,boleh buat filem, update je, aku cakap, upload kat youtube, semua, hahaha, memang power, dia punya  cantik tuh, dia  suggest kat aku lepas tuh dia power punya, siap dia auto  edit terus jadi filem.

5. BOLEH  CARI INFO AUTOMATIK
TEtiba ada orang whatsapp,  smartphone ni boleh terus cari siapa yang whatsapp biodata, dia, fb akaun terus dia carikan, history jenayah semua, hahaha, memang power, so terus ada avatar prospek, lepas tuh smartphone nih boleh  suggestkan ayat power nak convert sales, hahaha.

6. LAJU GILE DATA TANPA LIMIT
Laju gile kaw kaw, nak search apa pun boleh upload cepat, download movie laju gile, lepas tuh boleh layan, lagi lagi movie terbaru  je, terus ada kat smartphone nih, senang je, lepas  tuh  cari video video best,  macam macam maklumat, senang nak update business .

7. BALING KAT ANJING TAK PECAH
Hhahaha, yang ciri best, kekadang ada  musuh datang menyerang, takpun ada tetiba anjing liar datangs serang, lepas tuh apa lagi, aku baling handphone aku, jadi senjata, habis anjing tuh lari, takpun harimau datang, aku balik handphone senang samak, hahahha.

8. PINTU SUKA HATI
TAk pasal pasal boleh teleport  aku pergi mana mana tempat, hahah, ni ciri best, boleh transfer aku pergi mana mana, contoh nak pergi amerika  jumpa donald trump, ada urusan business,  cepat je,dia jadi pintu suka  hati, aku masuk je, terus  jumpa, hahhaa.

9. KUASA TIGA
OH ye, bila anak anak datang kacau, dah tak tahan sangat, nak tengok utube lah, tetiba handphone ni boleh pecah tiga, ikut bilangan anak, hahaha, so aku boleh buat kerja sambil pantau, haaaha, ni memang best power,

BAJET KERING
Tapi banyak je ciri ciri lain, tapi kalau nak diikutkan ada  je, tapi bajet ciput, belilah yang berkemampuan, hahaahja, ok, itulah sahaja ciri ciri idaman handphone smartphone wawasan 2020, hahaha, ok orang kata zaman ni zaman dajal turun, jangan kau berselfie dengan  dajal  sudah, adui, ampun.

Cara Jual Smartphone

Salam sejahtera dan selamat hari raya semua. hahaha, ini abg joe labu nak cerita sikit teknik laku keras nak jual smartphone. Teknik ni lagi power dari sifu FbAds, sifu blog, sifu marketing yang pernah korang belajar sebelum ini. Teknik ni memang susah nak buat. Kalau korang nak try jugak boleh, teknik marketing ni dipanggil Teknik HIJAU KUNING, macam bolasepak pulak .

1. Cari Port Baik
Mula-mula nak jual charger  nih, cara mudah dia  ialah korang kena naik kereta sendiri, bawak charger tuh, pergi port baik punya,  confirm ramai  orang, tapi jangan kantoi pulak kena tangkap dengan pihak berkuasa tempatan. hahahaa. Lepas tuh parking kereta korang kat situ, bokak bonet, tapi jangan hidupkan enjin. Lepas  tuh pakai earphone, buat buat macam busy gile. Takpun pasang earphone dengarlah ayat suci al-quran, takpun ceramah ustaz auni pasal dajjal.

2. Ambil Gambar Dengan Customer
Bila dah dapat jual tuh,  oklah, katalah customer dah dapat jual, korang jangan lupa amek gambar, minta sesiapa, tetiba ada pakcik tua melintas,  stopkan dia, lepas  tuh suruh dia amekkan gambar. Korang tunjuklah charger smartphone tuh, hahahah. Senyumlah sikit, buat tanda bagus  ke, ini semua dah biasa kan ? Jangan buka baju tunjuk perut pulak, sebab ni jual smartphone, bukan jual suplemen bina otot.

TEKNIK HIJAU KUNING
Tapi korang kalau ada kereta yang striking gile ni, macam model yang  ditunjukkan ni ialah BroFramestone, yang jadi pelakon customer ni Muiz Genji. hahah, otai berlakon beb.Kuning ni memang orang senang nampak. Lepas baju kaler hijau, muka kena jambu sikitleh. Hhahaha, ada harapan tuh. Tapi kalau korang rasa nak bawak kereta pink baju kelabu pun boleh, janji pakai baju. Oklah, itu saje tips nak jual charger smartphone. Nanti sambung pulak.

2 thoughts on “Charger Smartphone Terbaik 2016 ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat