FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Chinese Bamboo Tree

Chinese Bamboo Tree

Cerita Chinese Bamboo Tree

Chinese bamboo tree sejenis tumbuhan yang unik.

Ia mengambil masa 5 tahun untuk tumbuh setinggi 90 kaki. Tahun pertama hingga keempat ia hanya tumbuh seinci dua.

Tetapi dalam tahun kelima, ia boleh tumbuh dari 1 inci kepada 90 kaki dalam masa 6 minggu sahaja.

Sepanjang tempoh 5 tahun itu, aktiviti membaja, menyiram dan meracun perlu dilakukan tanpa henti.

Begitulah metafora kehidupan kita. Setiap impian dan cita-cita tidak mungkin dicapai dalam masa 1 atau 2 tahun.

Kadang-kadang lebih lama dari itu. Apa yang penting adalah usaha dan aktiviti kita ke arah mencapai impian tersebut.

Siapa yang kita akan jadi dalam tempoh proses untuk mencapai impian tersebut lebih penting dari apa yang kita ingin capai.

Sentiasa percaya kepada setiap proses yang berlaku sepanjang tempoh tersebut. Usah merasa lelah selagi belum berjaya.

Proses menyemai, membaja dan menyiram itulah yang akan membentuk siapa diri kita.

Akhirnya, Chinese bamboo tree ini akan tumbuh tegak di udara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat