Choo Mei Sze vs Joe Labu

Pada suatu hari, di hari rabu, Joe Labu telah mendapat jemputan untuk menghadiri perasmian produk Innergie yang sungguh cantik putih berseri seri itu. Joe Labu tengok ramai orang berbaju putih di sana, mungkin sebab Innergie ini warna putih, jadi terpaksalah layan warna putih ini. Dalam beratur nak ambil makanan, tersempat tegur pengacara majlis , terus  je minta Bro Framestone ambil gambar. Luaran nampak cantik. tapi rupanya dalaman dia lagi cantik. Jadi kalau nak dibandingkan dengan Joe Labu, rasanya siapa lagi hebat ? Jawapan dia mestilah Joe Labu lagi hebat sebabnya.

  1. Choo Mei Sze tengah  memburu phd dalam bidang cyberbullying, psikologi kanak-kanak, hebat sungguh  ala-ala Soo Win Ci, sibuk berlakon pun sempat buat phd. Abang Joe Labu lagi hebat, tak sempat nak buat, terus berhenti. Ini pun dah dapat perintah mahkamah sebab tak bayar lagi hutang dekat Universiti Malaya. 
  2. Choo Mei Sze  ini ialah Colon Cancer  Survivor, jadi memang dari dalaman dia memang kuat, walaupun Joe Labu tak nampak dalaman dia. Tapi dapat rasakan sungguh aura itu menusuk kalbu, terus pergi baca  kisah dia  lawan kanser  usus ini. Memang tak syak lagi, nak lawan kanser hati perasaan kena kuat. Tapi Joe Labu lagi hebat, tak pernah alami pun sakit kanser, tapi sibuk jual ubat lawan kanser, itu pun tak berapa pandai buat sales.
  3. Choo Mei Sze jadi Pengacara Majlis hebat hebat . Boleh berbicara dalam bahasa Inggeris dengan baik. Biasanya event dia besar-besar jugaklah. Boleh tengok kat  blog rasmi dia. Joe  Labu lagi hebat, jadi MC untuk majlis  kecil-kecilan  , yang hadir pun 3 orang je. Kalau  nak lawan cakap bahasa asing, confirm orang putih pun tak jadi datang Malaysia lepas tuh.
  4. Choo Mei  Sze ini rambut lurus, BMI dia mesti normal, sebab rajin jaga kecantikan, muat  naik gambar bersukan dalam bilik sukan, dan macam-macam lagi. Ini semua penting sebab nak jaga kesihatan dari kanser  usus merebak lagi. Joe Labu, rambut ala kumpulan AlleyCats,  BMI dia lebih berat muatan, lemak sana-sini, perut ini Extra Pack,  satu pack lengkap dengan lemak-lemak jahat dan kolesterol. Senaman tentu  sekali jarang, itupun  kalau ada orang ajak baru nak pergi senaman.
Itulah antara kehebatan Joe Labu  kalau nak dibandingkan dengan Choo Mei Sze ini, sebab itu dia nak bergambar dengan Joe Labu. Tapi kamu semua  jangan lupa,  produk Innergie ini dah keluar kat Malaysia, jangan pulak tak beli ye, nak tahu pasal charger handphone power tengok sini, nak tahu pasal adapater laptop tengok sini. Ok Salam subuh semua 

4 comments on “Choo Mei Sze vs Joe LabuAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge