FAIZ SAAID

Blog Orang Selangor

Cikgu Hasimah

Cikgu Hasimah

May 8, 2009 at 6:59 AM
(lagu untuk budak SMK Seksyen 9, Shah Alam)

Pulang lewat naik bus malam,
teringat zaman sekolah di Shah Alam,
terkenang-kenang rupa cikgu sekolah
teringat kenangan Cikgu Hasimah.

Masa itu aku tingkatan satu,
dengan Cikgu Hasimah aku berguru,
masa itu badanku kurus kering,
muka seposen rambut kerinting

Cikgu Hasimah Ajar Geografi,
subjek aku kurang minati,
sebut kerja sekolah aku naik malas,
lalu didenda berdiri di luar kelas,

Oh… Cikgu Hasimah,
Oh… Cikgu Sekolah,

Cikgu Hasimah pernah berkata-kata,
pelajar perempuan nama mustika,
ku dengar rangnya sungguh hebat,
sungguh garang tegas bila berkawat,

Sekarang aku bua phd,
sudah menjadi seorang suami,
terima kasih pada Cikgu Hasimah,
terima kasih pada cikgu sekolah

Cikgu Hasimah Ajar Geografi,
subjek aku kurang minati,
sebut kerja sekolah aku naik malas,
lalu didenda berdiri di luar kelas,

Oh… Cikgu Hasimah,
Oh… Cikgu Sekolah,
Oh… Cikgu Hasimah,
Oh… Cikgu Sekolah,

Leave a Reply

Open chat