FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Cikgu Nancy Lawan Cikgu Mustakim

Cikgu Nancy Lawan Cikgu Mustakim

Apa perasaan korang bila tengok dua gambar berbeza nih ? Seorang Cikgu Nancy dan seorang lagi Cikgu Mustakim. Cikgu Nancy kelas penuh, ramai murid suka, tapi nasib berbeza pula pada Cikgu Mustakim yang terpaksa mengajar dalam kelas online yang kosong.

Kalau tanya abg Joe, abg joe jawab

CONTOHI CIKGU NANCY sebab beliau ini kreatif dalam pengajaran. Siap pakai busana tradisional. LEpas tuh pastikan rumah cantik sebelum nak buat kelas online. Lagi satu cikgu nih memang selalu branding diri dekat facebook. Tunjukkan cara terbaik nak cantik dan dapat body cun. Cara nih memang dapat menarik pelajar untuk enjoy kelas online.

Tapi katakanlah cikgu cikgu nih dah tiru cara cikgu Nancy nih, tapi murid ada jugak yang tak datang, jadi

CONTOHI CIKGU MUSTAKIM sebab call sorang sorang murid yang tak datang kelas online. Usaha jugak walaupun tahu ada murid yang confirm tak jawab. Lepas dah call semua, lepastuh takde murid yang datang, tetap teruskan kelas sebab tahu tanggungjawab sebagai cikgu sangat besar dan jawatan cikgu ni memang mulia.

Apapun, ambil je yang mana BAIK, tahniah CIKGU NANCY, tahniah CIKGU MUSTAKIM, anda guru yang hebat. Kerjaya cikgu memang MULIA. Jadi para cikgu semua, jalankanlah tanggungjawab anda.
Kepada masyarakat, terutama murid-murid yang sedang belajar, hargailah jasa cikgu cikgu ni semua.

2 thoughts on “Cikgu Nancy Lawan Cikgu Mustakim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat