FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Daging Haram Kartel Import 40 Tahun Beroperasi

Daging Haram  Kartel Import 40 Tahun Beroperasi

Rupanya isu daging nih diselindung , dah 40 tahun operasi baru kantoi. Hapa punya haram rasuah nih ? Memang betul betul mengundang bencana alam, mengundang kemarahan. Ramai netizen marah isu daging nih…Cuba baca komen isu daging nih, ohhh…

Esok lusa mereka tukar jenama lain plok. Bukan payah pun kalu nak buat. Bg saja persatuan pengguna Islam jadi pengimport tunggal daging halal. Jakim pun senang nak pantau. Tak pun jakim sendiri jadi pengedar. Buat rumah sejuk beku. Modal mintaklah dgn kerajaan. Kerajaan ja nak atau Tak nak. Bukan Kita Tak tahu bertapa ‘ integritinya’ malaysia

Assalamualaikum…ayoh umat Muhammad SAW stop beli daging beku krn kita tak soheh halal haramnya. Daging tempatankan ada….belilah kalau teringin nak makan.
#Wahai peniaga daging tempatan juallah dengan harga berpatutan agar daging kalian laris bagai daging beku.
#Kenapa harga daging tempatan mahal dr daging beku sedangkan daging beku naik kapal or kapalterbang nak sampai Malaysia boleh djual dgn harga mampu.
#bukan suruh marah tapi suruh fikir sebagai umat Muhammad SAW.
#AllahbgotakfikirlahutkdirisendiridemiRahmatdrNya
#BukanlebelhalalpenentuHALALtapiotakygpenentuHALALHARAM
#janganharaporanglaintanggongdosabilakitagagalberfikir

Siapa yg duduk kat atas penguatkuasa org melayu juga.. Kalau bkn duit dan habuan perempuan perkara ini tak berlaku…. Dah terlalu bermewah2 inilah akibatnya lupa halal dan haram…. Kalau betullah perkara ni mana2 pegawai yg terlibat tanggunglah akibatnya diakhirat nanti.

pencerahan kes kartel.. bukan semua.. diyakini beli dari pembekal yg sahih yg punyai sijil dan dokumen import yg lengkap dan bukan beli dari kedai yg tak yakini bekalan yg diragui.

La ni..jika kita semua ragu atau waswas jangan duk beli dh daging kotak..jom pakat orang melayu kita suppot daging tempatan..mahai sikitt xpa janji halal berkat suci lg di percayai tanpa waswas

Pasti dia orang akan tukar pembungkusan…utamakan yg malaysia punya..makan yg fresh ..dan rakyat kena gesa kerajaan untuk adakan hukuman bunuh pada mereka yg terlibat dengan rasuah

Kadang saya pernah kena gerai daging tempatan dan di jual pun harga dagaing tempatan tetapi daging import
bila masak sup atau gulai
keluar buih2 coklat
yg mana tiada pada daging tempatan kebiasaan nya
kena hati2 .

Seigt sya thn2 90an org kg saya malu kalau buat kenduri guna dging import..time tu rege murah sgt2..diorg sembelih lembu temptn atau kerbau sb hrga murah lgi msa tu..lama kelamaan bila hrga dging lembu tempatan mncank naik ..sejak dua menjak ni dging import jd pilihan..org dh x heran..

Kdg2 terfikir kenapalah zaman skang ni mudah kene penyakit, dahla zaman skang ni penyakit banyak berpunca dr pemakanan walhal yg sakit dh sedaya upya Jaga pemakanan. Mgkin ini salah satu jawapannya, daging yg tdak sihat, tdak disembelih dan bukan daging lembu pun Kita memakannya.

Adam Haris abg lps ni kena beli daging fresh jela. Bahaya.. syubhah.. 40 tahun tuuuu.. bkn 4 tahun. Bobeng punya bangkai makan rasuah!

Syukur la duduk di kawasan pinggir bandar , mmg tau dah penternak lembu yg selalu menjual daging lembu dipasar, masalahnya harga tu mahal …dah lama tak beli daging tempatan…

Tak fahan la penguatkuasa la ni tangkap tak mau habaq syk la bagai.. Menteri pun sama nak gangu siasatan panya… Atau cuba nak cari jalan putar belit.. Nak jaga nama syk ada asyuk kaa. Bkan sekali selalu kes camni nak bela sangat syk syk c nie

Mohon pihak polis paparkan daging yang tidak ada status halal kpd kami dgn segera supaya kami tidak membelinya lg. Dan paparkan juga peg yg terlibat dgn rasuah mknn haram ni. Hal duit kau nk rasuah lantak p la. Ni soal makanan kau jgn buat main. Bnda jd darah daging. Jilake punya peg yg terbabit dgn rasuah.

Yg import dah sah kita kena stop dulu sehingga jelas. Tapi jgn lupa juga daging tempatan yg berasal dari barang curi. Ada yg disembelih ada yg dicuri 4 paha tanpa disembelih. Nak selamat pastikan kita kenal penjual memang sembelih sendiri atau dari tempat sembelih yg kita kenal jika tidak dah sama taraf dgn import. Kalu kita nak jaga agama kalau tak kisah tak leh kata apa lagi dah.

Bila ajak utamakan produk & bisnes muslim ramai marah.. kunun mahal bagai.. dah tentulah mahal dia ternak sendiri, jual sendiri..

Klu nak yang murah kena la buat projek ternakan & bekalan sendiri.. tak munasabah la nak harap pada orang tak beriman halal haram untuk beri bekalan halal dan terbaik..

Alangkan syarikat bekalan ayam tempatan pun kadang bangla sembelih, kadang tak cukup orang, taukey yang tak beriman tu pun join sama sembelih..

Bila bab fardhu kifayah ni pun kita tak mampu nak sediakan, memang sampai bila pun isu ni takkan selesai.. tak payah la nak cari siapa terlibat bagai.. asal pembekal luar tu sendiri bukan orang yang beriman halal haram…

Itulah abah sy mmg anti benar dgn daging import ni.. dia ckp bende sama. Ragu2 dgn tanda “halal”.. dlu kite cm skeptikal dgn statement abah, tp skrg baru tahu ape yg abah takutkan tu benarrr belaka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat