2 Plugin Mudah Pindah Blog Dari Blogger Ke WordPress

Alhamdulillah, semalam abang Joe berjaya berbincang dengan wife, apa kata kita pindahkan isi blogspot Diet Diet Sihat ke wordpress, jadi kita pun senanglah nak fokus. Wife kata ok jugak, sebab dia kata senang nak fokus, selain dari beberapa sebab kenapa nak pakai wordpress walaupun sering kali pening kepala dengan masalah hosting server dan macam-macam lagi. Oklah yang ni kita bincang hari lain.

Untuk hari ini abang joe ajar cara mudah korang yang rasa-rasa nak pindah kan blog korang dari Blogger ke WordPress. bukan yang dot com ye. Kalau rasa nak mudah, sebenarnya  korang kena siap sedia untuk pasang blog wordpress dulu, yang tuh cerita lain lah. Tapi, boleh refer banyak blog, nak setup blog wordpress.org, takdalah susah mana kalau dah biasa. Oklah, 2 plugin best  yang abang joe guna untuk transfer blog diet diet sihat tuh ialah.

1. BLOGGER IMPORTER EXTENDED

Ada tools menarik nak import blogspot ke wordpress. Tapi yang ni abang joe test memang special, sebab kau tak payah nak download xml file dalam blogspot tuh. Sebelum ni abang joe ada try buat import blog projek viral, tapi ada masalah jugaklah dari segi gambar, file tuh tak boleh besar dan macam-macam lagi.

plugin wordpress import blogger ke wordpress

Pakai yang ni dia akan minta kau bagi dia kebenaran untuk login ke akaun blogger kau. Lepas tuh kau pilihlah mana satu blog kau nak transfer. Ok lepas tuh dia buat kerja dia, habis kau tengok email kau mencanak-canak ada posting baru. Lepas tuh, dia ni kekadang biul sementara. Tapi takpa, lepas tuh dia buat kerja dia. Tengok pada saiz kebesaran blog kau. Kalau blog tuh banyak  artikel, jawabnya dia ambil masa untuk import semua masuk. hahhaa, itu yang power tuh.  Blog diet diet sihat ni ambil masa lama jugaklah, sebab takkan nak tunggu lama depan PC, uhuhuk.

2. BLOGGER TO WORDPRESS

Yang  ni pulak lebih kepada redirect. Contoh orang cari keyword masuk ke blogspot. Jadi kau nak senang, kau boleh redirect diorang masuk blog korang. Nanti kau buka plugin ni, dia minta kau tampal kod html ke dalam blogspot kau yang lama tuh. Apapun nanti senanglah dia nak proses link yang ada tuh.

redirect blogspot to wordpress

Apa yang bestnya, cara ni mudah, tapi kelemahan dia agak lambat sikit masa nak redirect tuh. Tapi takpa, kalau kau rajin update blog, dan SEO kan blog baru kau nih, nanti lama kelamaan, dia tak jumpa dah blogspot lama kau tuh. Amacam best tak ? Tapi yang ni kalau kau pakai domain blogspot.com. Kalau kau pakai custom domain , tuh aku kena belajar tengok balik kod dia.

SERVIS MIGRASI BLOGGER KE WORDPRESS

Ramai jugak web developer yang tawarkan servis nih. Kalau kau handal macam Mark Zuckerberg, kau boleh buat sorang. Tapi macam biasalah, kalau rasa malas, kat luar  sana banyak servis  yang ada, yang jujur baik, mahal, murah, dan penipu pun ada. Paling teruk kau contactlah abang joe buat. Abang joe cas RM 8Juta satu blog. Biasalah, kalau kau bagi 8 juta , bolehlah abang joe setelkan hutang-hutang budi dibawa mati abang joe dulu. Kalau rasa migrasi korang tuh berbaloi, buatlah, tekad, yakin kepada Allah.

4 comments on “2 Plugin Mudah Pindah Blog Dari Blogger Ke WordPressAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge