FAIZ SAAID

Blog Orang Selangor

Dekorasi Rumah Zana

Dekorasi Rumah Zana

Macam biasalah, semua orang suka ambil gambar, berdiri dari kiri ialah Noli, MamaElly dan Ana. Duduk dari kiri tuan rumah Zana dan Ainul Mustafa. Klik link di atas untuk membaca ulasan berita mengenai RMC gathering.

RMC GATHERING
Alhamdulillah, pada tarikh 5 Januari 2013, sekumpulan manusia yang dikenali sebagai RMC telah berjaya berkumpul di rumah puan Zana pada pukul 3 petang sampai pukul 6 setengah petang. Bak kata orang tua, balik sebelum maghrib. Kehadiran kalini sungguh ramai, dan ada juga kawan kami yang datang dari bentung , Pahang. Sekali lagi tahniah kepada yang hadir, ramai ramai tanya apa kebenda ni ? nasib baiklah cikgu kita puan Ainul Mustafa hadir untuk memberikan kata kata perangsang. Oklah selain tu, ada juadah karipap, keledek, goreng pisang, air sirap, air oren, dan macam macam lagi. Sedap bebenor kami makan, sampai bersepah rumah tuan rumah kami. Oklah, sori sori, nanti kami tolong kemas. Oklah, marilah kita melihat sedikit dekorasi rumah Zana di Presint 15, Putrajaya.

RUANG TAMU 
saya suka ruang tamu bertemakan merah hitam. Ia sangat padan bila gabungan langsir, sofa, dan carpet merah hitam tu diletakkan sekali dalam satu ruang, memang romantik kalau tutup lampu ni sambil menonton MAHARAJA LAWAK MEGA 2012.

RUANG MAKAN
yang ni tetiba mungkin lari dari rasa romantik, ala-ala diraja gitu bila kerusi dan dinding bewarna kuning menjadi pilihan. Apapun ia menjadi lebih menarik bila dapat minum air oren dan karipap yang sedap.

SUDUT GAMBAR
Sudut gambar – apapun, gambar kenangan puan zana dan husband kesayangan en adiey yang cukup sempoi, semoga berkekalan hingga ke syurga. Macam macam gambar ada.

CARPET MERAH HITAM
cantik jugak carpet ni, tema merah hitam memang kena rasanya nak mood loving couple ni. Terjumpa juga buku panduan pemakanan SIHAT dari PTS ni, sungguh bagus sekali, jaga kesihatan penting tau.

NEXT AKTIVITI
Oklah cik Zana , jangan marah haa, ni saja nak try gaya penulisan yang lain sikit. Lain kali aktiviti bisnes kita mungkin boleh buat kat tempat lain, main bowling ke, kejar biawak ke, panjat menara kl ke, dan sebagainya.

6 thoughts on “Dekorasi Rumah Zana

Leave a Reply

Open chat