FAIZ SAAID

Blog Orang Selangor

Denda Dunia Atau Akhirat ?

Denda Dunia Atau Akhirat ?

Antara denda 1k dan denda azab di Neraka, mana satu pilihan anda wahai umat Islam! ?

Jawapan dari orang yg “cerdik dunia dan akhirat” adalah, kedua-duanya perlu dielakkan, kerana keduanya mendatangkan mudharat pada diri dan juga boleh jd kepada orang lain

Bezanya satu dihukum di atas dunia, dan satu lagi akan berlangsung di Akhirat.

Jika diperintah memakai mask di kawasan sesak boleh dipatuhi oleh masyarakat kerana ancaman denda yg mahal, dan kepatuhan pd arahan pihak berkuasa.

Manakala arahan menutup aurat dan meninggalkan maksiat sangat² perlu diakur dan dipatuhi kerana kesemua arahan itu datangnya dari yg Maha Berkuasa.

Namun lihatlah betapa tidak gerunnya kita kpd Allah dengan mengenepikan ancaman dosa dan Neraka dek kerana keduanya itu belum nampak di mata dan belum benar² di lihat oleh hati

Allah merakamkan ingatan dan kisah orang² yg derhaka dan buat² lupa kpd perintah dan larangan Allah dalam surah Taha ayat 124 – 126

(وَمَنۡ أَعۡرَضَ عَن ذِكۡرِی فَإِنَّ لَهُۥ مَعِیشَةࣰ ضَنكࣰا وَنَحۡشُرُهُۥ یَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِ أَعۡمَىٰ)
“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”.

(قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرۡتَنِیۤ أَعۡمَىٰ وَقَدۡ كُنتُ بَصِیرࣰا)
Ia berkata: “Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?”
(قَالَ كَذَ ٰ⁠لِكَ أَتَتۡكَ ءَایَـٰتُنَا فَنَسِیتَهَاۖ وَكَذَ ٰ⁠لِكَ ٱلۡیَوۡمَ تُنسَىٰ)
Allah berfirman: “Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan”.

Masih lagi memberi alasan?

Syed Bakri Al-Yahya

#BiarTahuJanganDokTahu

Leave a Reply

Open chat