Dilema Dalam Rumah – Jangan Duduk Dalam Zon Selesa

0
Dilema Dalam Rumah –  Jangan Duduk Dalam Zon Selesa

DILEMA DALAM RUMAH – terperuk dalam rumah, seperti takut dengan cabaran di luar, jadi terasa comfort zone, duduk je takyah bergerak keluar. Apapun fikir takut kepada sifu sifu, taiko taiko, kebiasaan pada orang luar sana, sebab kalau kau keluar dari keselesaan, hidup kau akan merana kaw kaw, hapa pun tak boleh.

Tapi saya beruntung kahwin dengan anak nombor 2 nih, dari dulu kami dikurniakan otak gila gila, otak udang, otak einstein, otak otak, dan otak biawak. Kami jenis gila gila remaja. Segala cabaran, kita mesti lain dari yang lain. Kita kena berani, sekali buat keputusan, kita kena tekad dan teruskan. Kita tak boleh duduk dalam rumah ini selamanya, kena kena berani. Kan ada dalam surah al mulk ayat 15

” Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).”

Dengan keberanian keazaman berkat al quran dan sunnah, kami lari sikit dari bumi seksyen 8, ala, bergerak jauh sikit je dari kebiasaan, tak lari jauh mana pun, sekadari bergerak beberapa kilometer ke alam impian. Hasilnya macam macam pengalaman dan rezeki yang kami terima. Banyak ilmu baru dan kebebasan baru bila berada di tempat baru, walaupun mulanya sukar, lagi lagi ada anjing seekor tuh, hahha. tapi lama lama dapat mendalami ilmu anjing jalanan dan anjing belaan. Itu baru sikit, kalau cerita banyak silap silap aku masuk siakap keli lama lama jadi geli.

OKlah itulah sahaja nak cerita. Kalau rasa terperangkap dalam dilema onak duri, carilah kunci untuk keluar dari dipagari karat karat besi. Kelak korang akan temui rahsia alam terbentang luas rezeki bertubi-tubi. Tapi kau kena keras hati, dari tohmahan tohmahan yang tidak bernaskan quran dan dalil dalil sunnah.

LEAVE A REPLY

CommentLuv badge