Doa Perangkap Pencuri Dalam Rumah

Doa Perangkap Pencuri Dalam Rumah

Pencuri pecah masuk rumah tapi tak boleh keluar, dia nampak laut, dia nampak air.

Berenang-renang dia kat ruang tamu atau kat atas simen didapur atau dia duduk termenung atau menangis ditengah-tengah rumah atau dalam bilik mandi.

Jom kita pakat amalkan tips di bawah ini. Moga kita sama-sama dirahmati Allah SWT.

DOA dan AMALAN mengelakkan rumah, pejabat atau kedai anda yg ditinggalkan dari dimasuki atau dicerobohi oleh si PENCURI/PEROMPAK atau yg sama waktu dengan JIN/SYAITAN/IBLIS.

🔴 Ketika rumah, pejabat atau kedai anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah, pejabat atau kedai dan bacalah ayat-ayat DOA seperti berikut :

1⃣ Mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH (1x)

2⃣ Berselawat keatas Nabi SAW (3x)

3⃣ Baca Ayatul Qursi (1x)

4⃣ Baca surah Yasin (ayat ke : 9) (1x)

“Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun”

Bermaksud :

“Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat”.

5⃣ Lafazkan “BISMILLAHITAWAKKALTUA’LALLAH” ~ “LA HAULAWALA KHUWATA I’LLA BILLAH ‘ILL ‘ALIYIL ‘AZIIIM” (1x)

Petikan dari kuliah : Al-Fadhil Ustadz Fadhly Syam.

p/s : Sila sebarkan pada ahli keluarga/kawan-kawan yang mungkin rumah/pejabat/kedai pernah/selalu kena rompak. Berikan manfaat pada orang melalui ilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat