Dokumentasi Ilmu Melalui Camera Nikon

Bukak tv3 hari ini, ada team photografer yang sanggup pergi seluruh malaysia ni ambil gambar dengan hashtag ‪#‎cantiknyaMalaysia‬. Hahhaha, semua mamat ni fokus untuk tunjukkan gambar gambar yang menarik di Malaysia nih.
dokumentasi ilmu
Aku masih teringat lagi kata-kata seorang pelukis yang terkenal, yang aku panggil Pak Long, hahaha, sebab dia kata, setiap gambar, momen tuh adalah ilmu , memang setiap ilmu tuh gambar tuh memang mahal. Kalau tengoklah gambar zaman perang semua, itu semua boleh jadi mahal, bila nak buat buku, buat buku sejarah.
Diceritakan seorang pencuci toilet di hotel terkenal, boleh jadi jutawan, hanya kerana mengumpulkan gambar gambar dia bersama orang orang yang terkenal. Dia jadi kaya kerana menjual bukunya, yang mengandungi gambar gambar tersebut.
Setiap perkara, gambar, lagi lagi dalam aktiviti business, memang penting kalau dapat di rakam, dokumentasi sangat penting. Kalau dapat buat video lagi best. Tapi keadaan ada batasan dari segi masa dan kos. Setiap momen yang ditangkap ada makna dan ilmunya sendiri. Memang banyak jasa kamera yang diguna, sejak dari 2011, terus dapat kamera baru 2013, dan sampai sekarang guna kamera nih. Nak buat sharing kalau ada gambar, memang senang dan lebih bermakna.

0 comments on “Dokumentasi Ilmu Melalui Camera NikonAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge