FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Dreamy Foundation Tiada Kaitan Dengan Atomy Malaysia

Dreamy Foundation Tiada Kaitan Dengan Atomy Malaysia

“Membeli barang Atomy sama macam memberi sumbangan kepada Kristian”.

Dreamy Foundation tak ada kaitan langsung dengan Atomy Malaysia. Ia entiti berbeza.
Sama macam Facebook dan Mark Zuckerberg adalah 2 entiti berbeza.
Mungkin ada yang mengayakan bahawa kita guna Facebook percuma.
Naif sekali tanggapan itu. Setiap kali kita guna dan aktif di FB, algorithma FB akan mengambil rekod.
Setiap kali kita melayari FB, akan keluar iklan-iklan. Ada iklan yang dibayar berdasarkan view, ada yang dibayar berdasarkan klik.
Bermakna, jika iklan lalu di FB kita, ada potensi menyumbang secara tak langsung kewangan FB.

Jadi, saya sarankan bagi yang benar-benar serius tidak mahu sebarang sumbangan tak langsung kepada Israel, berhenti guna FB.
“FB keperluan. Tak ada alternatif”
Siapa kata tak ada alternatif?
Klik MyMFB.com. Ia alternatif FB sejak 10 tahun lepas oleh sekumpulan umat Islam dari Pakistan.
Kenapa perlu double standard antara Facebook dan Atomy?

kredit : Afyan Mat Rawi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat