Dunia Untuk Mengembara

Dunia Untuk Mengembara


Daripada Ibn Umar r.a. beliau berkata, bahawa
Rasulullah (ﷺ) memegang bahu beliau lalu bersabda:

“‘Jadilah engkau di dunia ini seakan-akan orang asing atau pengembara.’
Lalu Ibn Umar r.a. berkata: ‘Jika engkau telah berada di waktu petang, maka janganlah dinantikan waktu pagi.
Jika engkau berada di waktu pagi, maka janganlah dinantikan waktu petang.
Pergunakanlah waktu sihatmu sebelum sakit dan waktu hidup sebelum mati.'” ⠀

( Riwayat al-Bukhari )


Hadis ini mencakupi pelbagai jenis kebaikan dan nasihat. Kandungan hadis ini dapat menghidupkan hati kerana di dalamnya terdapat peringatan untuk menjauhkan diri daripada tipu daya dunia, masa muda, masa sihat, umur dan sebagainya.

Setiap Muslim tidak sepatutnya menjadikan dunia ini sebagai tempat tinggal yang kekal abadi. ⠀

Pengajaran:

1. Ada ketikanya Rasulullah SAW menyentuh anggota badan orang yang dinasihati ketika menyampaikan amanat atau ilmu.
2. Dunia ini sementara dan akhirat itu kekal abadi.
3. Dunia hanyalah jambatan yang akan menghubungkan kita ke akhirat.
4. Gunakanlah kesempatan masa hidup untuk beribadah kepada Allah SWT.
5. Hendaklah segera melakukan kebaikan, banyak melakukan ketaatan dan jangan menunda pekerjaan.
6. Berzuhudlah terhadap dunia tanpa meninggalkan dunia serta bersedia untuk hari akhirat.
7. Bersungguh-sungguh melakukan amal soleh dan sentiasa takut dengan azab Allah SWT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat