FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Dyana Sofya Menang Populariti ?

Dyana Sofya Menang Populariti ?

Dyana Sofya Menang Populariti ? Macam mana dia tak boleh menang ? tengok pada wajah, nama kaum, bangsa melayu yang berjuang atas tiker DAP, dan berani buat statement yang memecahkan kepala pemikir politik, dan ramai yang tuduh dia macam macam lagi, itulah, lepas tu jadi kegilaan ramai lelaki sekarang, yang menggatal katakan dia berbikini, itulah Dyana Sofya, hahaha, kalau compare dengan calon BN Teluk Intan, mana lagi power ? Aku tak pernah tengok pun news feed aku pasal Calon BN nih hahahah.

Dyana Sofya Menang Populariti ?

Hahaha, yang ni antara ramai yang kata dia ni lupa daratan, penat penat belajar UITM, lepas tu pergi bertanding atas tiket DAP, hooo itulah yang paling power sebenarnya, tapi aku rasa ramai je yang kerja kerajaan, belajar uitm, lagi lupa daratan selain dari Dyana nih, tapi sebab dia ni ramai sangat suka kat dia rasanya, lepas tu tak dapat nak couple kot, hahaha, tapi bagi aku, lagi ramai yang lupa daratan kat luar sana, termasuk aku sendiri kot, nasib baik aku dah kerja sendiri, so maknanya aku pun lupa daratan jugak ke ? So minta pendapat korang semua pasal lupa daratan nih

Hahhaa, oklah, mungkin siapa yang tengok tv3 , pasti akan tahu bagaimana Calon BN nih berupaya menang dalam zon Teluk Intan nih, dan kalau main isu perkauman, isu Hudud, nampaknya aku rasa Calon BN tentu akan menang dalam PRK kali ini. Tapi itulah, secara psikologinya, Dyana yang lebih dapat perhatian, sebab, asyik cerita dia je yang aku baca kat newsfeed aku, lagi lagi kalau buka facebook kelab Che Det, bukannya nak promote cerita calon BN, tapi asyik nak tanya wajah Dyana yang dikatakan derhakan kaum Melayu nih

Hahhaa, tulah aku rasa memang sedih jugak, sebab memang DAP terang terang perguna Melayu, sebab DAP ni makin bijak, BN pulak makin tak bijak, itu strategi diorang, DAP pandai, lepas itu pula Mat Sabu dan geng PAS suka pulak dengan DAP, jadi kenapa tak belajar dari DAP, diorang sikit sikit cengkam tenaga melayua, sikit sikit dapat jajah Malaysia, tapi itulah, kata DAP ni anti melayu, anti islam, tapi dalam undang undang, kenapa pihak berkuasa tak boleh nak haramkan DAP ? Itu yang aku selalu fikir nih, kenapa DAP ni ada dalam kamus politik Malaysia kalau parti ni betul betul haram jadah ? Aku pun tak pandai politik, tapi masih tertanya tanya

Hahahha ramai marah kat Dyana nih, hahaha, katanya tolak Hudud dan sebagainya, satu perkara yang aku tak pelik ialah dia tak kisahlah nak tolak hudud, hahah, sebab dia sorang je pun, bukan ada kuasa nak laksanakan hudud apatah lagi nak tolak HUDUD nih. Ramai marah kat FB sebab dia tolak hudud dan macam-macam lagilah, hahahah, tapi bagi aku dia dah bagi signal kepada semua orang pas, orang umno dan orang atas pagar, yang sebenarnya orang yang berkuasa kat atas sekali pun tak boleh laksanakan HUDUD, hahahaha, jadi kalau dia tolak hudud aku tak heranlah sangat.

Yakin dengan DOA, Yakin dengan Allah, tapi itulah PAS tak berapa kuat lagi nak sebarkan dakyah HUDUD nih, lagi lagi ditambah dengan parti sebelah sana yang confirm jelas tolak hudud sebab ada kaum. Jadi, aku rasa, doa lah, mana tahu Dyana Sofya nih boleh berubah, model playboy macam Felixia Yeap pun boleh bertudung dan hampir nak terima Islam, jadi kita hok orang biasa nih, pun boleh, gunakan akal, bukan guna emosi, hooo, apapun, bagi aku , budak cun ni memang berani gila, lawan Cina atas tiket DAP, apapun, kalau dah menang tuh, silalah buat kerja. Ok, jangan nak tunjuk Cun je. Untuk yang duduk di BN, semoga korang terus kerja kuat untuk rakyat, lama dah pegang Malaysia, teruskan usaha murni korang !!!

Nora Danish Tutup Cafe ?

Semalam lepas  aku balik dari review buffet ramadhan Space U8, aku kena berjalan, dalam shopping mall yang gelap, malap, sehingga aircond surau pun ditutup, mungkin sebab nak jimat. Dalam keadaan yang  kekenyangan, terlihat pula peniaga yang makan  dengan isteri dan anaknya, seolah bermimpi menunggu orang datang, dalam keadaan gelap gelita. Tak habis dengan itu aku cerita dengan wife  kisah penjaja  yang tak boleh berniaga, dan pagi ini aku terbaca cerita Nora  Danish tutup kedai kat bangsar sebab sewa mahal.

Siapa  Yang Salah ? Hari jumaat, jumaat pertama ramadhan  tahun nih, banyak sangat cerita yang keluar kat news feed, antaranya cerita kat atas tadilah, semuanya  jadi persoalan dan mungkin jugak aku beremosi bila membaca semua cerita-cerita ini, bila melihat sendiri apa yang aku nampak depan mata. Kenapa jadi macam ini ?

Nora Danish kata sewa mahal ,adakah betul-betul mahal ? sebab aku rasa bagi aku Nora Danish artis yang top kat Malaysia, duit  banyak lagi dia ada pakwa orang kaya ?
Mungkin juga modal dia kecil, dia pun mungkin kata modal dia setakat ini saje, duit dia mungkin banyak dari jangkaan aku, mungkin dia dah bajet siap-siap ?
Nora Danish yang glamour pun tak cukup untuk membuatkan ramai datang kedai dia, ke dia dah tak glamer, atau dia tak pandai guna kehebatan dia ?
Mungkin sebab sewa mahal ini, penjaja lebih selesa menjaja di jalan-jalan liku yang  ramai orang lalu di  situ ?
Ada yang menjaja terus, tanpa menghiraukan siapa yang datang janji duit cepat masuk dan cepat kaya ?
Memang nak cari rezeki lebih , menjaja jalan paling  mudah, dan itu memang kelebihan mereka menjaja ?
Penjaja jadi marah, mengamuk, sentimen itu ini, bila gerai dirobohkan, tapi keadaannya tiada lesen menjaja ?
Sampai aku  melihat video-video, ditafsirkan sebagai suatu kekejaman katanya tak bagi melayu berniaga ?
Tapi bila disuruh minta lesen, dapat tempat berniaga sewa murah, kesian pulak orang tak datang kawasan tuh ?
Memang cabaran tempat berniaga, mula-mula best, jadi perbualan, akhirnya shopping mall jadi sunyi sepi ?
Adakah salah AEON Mall Shah Alam hebat  sangat  sampai Space U8 sunyi sepi mati tanpa meninggalkan belang ?
Atau sebenarnya kita tak pandai marketing, atau tak cukup marketing ?
Adakah kita malas belajar marketing  sebab lambat sangat  nak kaya  dan dapat untung ?
Kita rasa cikgu marketing kat luar ini semuanya mahal-mahal dan tahu nak rembat duit orang ?
Atau kita malas nak buat Multi Level Marketing sebab semua orang kaki nak rembat  duit  orang sampai bankrap ?
Macam-macam persoalan yang boleh dibuat, sampai korang rasa semua benda dalam dunia ini perlu dipersoalkan. Aku rasa macam takkan ada solusi. Apa yang korang rasa ? Apa yang sebenarnya  yang terjadi ? Fikir-fikirlah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat