ELEMENTOR PRO – Review Pendek Yang Menarik

ELEMENTOR PRO – Review Pendek Yang Menarik

Salam sejahtera semua. Apa khabar geng geng facebook, kalini abang labu nak share sikit satu plugin berbayar wordpress yang sangat best. Iaitu elementor pro. Benda elementor ni ada yang free, tapi limited sikit keupayaannya. Kalau korang suka dengar pasal page builder, nak design website, pakai elementor nih memang best. Contohnya macam front page Diet Diet Sihat

https://dietdietsihat.com/

Lagi satu korang boleh design post yang unik sikit dari template asal dengan elementor biasa macam kat bawah nih. Boleh buat landing page, berbeza dengan template yang sedia ada

https://dietdietsihat.com/success/

Tapi benda yang lagi best kalau guna versi pro ialah korang boleh design header, footer, archive dan single post korang sendiri. Seolah olah macam korang design template blog korang. Blog ni guna oceanWP je, tapi dengan keupayaan elementor pro, abang labu design dua template berbeza untuk kategori berbeza. Contohnya macam kat bawah nih

https://dietdietsihat.com/sahur-bertenaga/ (kategori video)

dan

https://dietdietsihat.com/cinch/ (kategori lain)

Ikut kreativiti korang nak design macam mana. Abang labu design biasa biasa je. Kalau korang ada skill photoshop, tentu page builder ni memang serasi dengan korang. Lagi best pulak, korang boleh design header dan footer ikut cita rasa sendiri. Side bar pun boleh design nak letak apa yang best.

MAsalah dia cuma kena bayar, dan perlukan server yang bagus sikit dari biasa, akan ada lambat sikit. Apapun sangat puas hati. Sebab rasa macam boleh design template sendiri, fully control gitu.

AbangLabu

Faiz Saaid

Seorang yang kacak berambut kerinting yang suka menulis idea merapu. Kalau ada cerita, semua cerita dia nak ulas dengan pandangan mata beliau yang sepet

Leave a Reply

CommentLuv badge

Close Menu