dakwah islam

Dakwah Firdaus Wong Abdullah

Alhamdulilah, semalam hari  jadi Arreessa, nasib baik ikut  aku pergi surau IPK seksyen 9 shah alam. Memang saya selalu bawa anak ke situ, mudah dan selesa. Tapi yang paling menarik, pagi tuh ada program dakwah bro Firdaus Wong Abdullah. Nasib dia baik, dapatlah dia teguh Arreessa dan Maryam, jawabnya aku duduk dalam toilet. Nasib baik aku  terlepas cakap, dapatlah dia sebuah Al-Quran terjemahan yang sangat cantik sebagai hadiah hari jadi. Alhamdulillah, terima kasih bro.

hadiah al quran

AL-QURAN UNTUK SEMUA

Arreessa masih belum pandai mengaji quran lagi, tapi menariknya Bro Firdaus kata belajar perlahan-lahan, bolehlah membaca terjemahan dulu. Belajar perlahan-lahan dan cuba fahamkan. Saya masih ingat kata-kata beliau masa satu program di surau yang sama. Memang dia pesan, kalau ada duit, berikan Al-Quran kepada jiran-jiran orang yang belum muslim lagi. Kalau korang rajin pun, cuba baca kisah keislaman artis terkenal seperti Yusof Islam, hanya kerana kitab Al-Quran, dan bukan sebab lagu nasyid. Banyak lagi orang -orang yang hebat yang mengkaji Al-Quran, dan akhirnya menemui kebenaran dan kembali kepada asal, contohnya Doktor Maurice Bucaille, yang mengkaji tentang Firaun.

DAKWAH ATAU DIDAKWA

Saya masih ingat lagi,  ye  memang kalau kita baca ayat Quran, memang setiap dalam Islam, meletakkan dakwah adalah Fardhu Ain. Ianya merujuk kepada hujah hujah pakar. Ada tiga sebab kena berdakwah

  1. “KUL” – Satu hujah menarik dari al-quran kerana banyaknya ungkapan “kul” dalam quran begitu banyak kali dalam quran. Ianya menjadi satu isyarat kepada kita untuk menyampaikan  kepada orang belum Islam.
  2. SAMPAIKAN – Satu hadith popular, sampaikan walaupun satu ayat, Nabi takdelah pulak cakap kena jadi ustaz dulu untuk sampaikan walaupun satu ayat.
  3. KHUTBAH TERAKHIR – dalam khutbah terakhir, Nabi pesan dua kali, sampaikan kepada orang yang tidak mendengar khutbah ini dua kali. Maknanya sangat penting wasiat terakhir ini.

Jangan sampai pula kita didakwa oleh orang yang tak sempat terima Islam ni, setiap kita pun  dipertanggungjawabkan di akhirat nanti, kita sendiri akan didakwa atas kecuaian kita nanti.

dakwah itu wajib fardhu ain

DAKWAH MELALUI INTERNET

Perkarang paling mudah yang pernah dia pesan ialah buatlah dakwah internet. Dia kata yang ni paling senang sekali. Mudah  nak buat. jadi kena rajin-rajin lepas nih, kumpul semua likers fb yang belum islam untuk mengajak kepada tauhid yang sebenar. Apapun doakan abang joe untuk lebih kuat untuk menjadi khalifah memakmurkan dunia ini dan berdakwah kepada mereka yang belum islam lagi.

2 comments on “Dakwah Firdaus Wong AbdullahAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge