Fitnah 7 Remaja Dan Maahad Tahfiz

Aku sendiri baca muktahir ni keluar isu di mana semua orang salahkan mak bapak, salahkan sistem pendidikan, salahkan dadah dan syabu dan salahkan remaja tersebut. Hahhaha, ada yang best tuh, siapa diorang maafkan 7 suspek tersebut. Hahhaha, kenapa nak minta maaf ?
Sebabnya dalam berita kita kena sedar, mereka ni SUSPEK je, ok, baru SUSPEK, korang tak kesian ke kat mak bapak budak yang menanggung kemaluan mereka. Hahhaa, sebab kalau mahkamah tak buktikan mereka bersalah, mereka berhak untuk membela diri. Jadi kita jangan terburu-buru burukkan mereka, selagi kita tak tahu kes sebenar kebakaran yang melanda tempoh hari.
fitnah budak dadah
Tapi bila aku baca balik pasal tong gas bawak naik sampai tingkat 3, hahaha lepas tengok balik gambar suspek yang katanya layan dadah dan syabu, ponteng sekolah, hahaa, memang kelakar lah jugak. Sebab terbaca di status facebook, dibayangkan budak yang buat kerja ni sangat licik, hahaha. Kalau korang tengok muka budak budak tuh, macam budak tak bijak pun ada. Biasanya budak dadah ni jenis tak fikir mendalam macam tuh. Nak lagi best pulak, ada ke sanggup nak bawak tong gas sampai tingkat 3, budak bermasalah ni confirm jenis malasnya punya. Lepas tuh katanya boleh curi tong gas, aku tengok muka pun tak bijak, nak rancang kes pembakaran macam nih.
Tapi yang bestnya kan, kes ni terjadi selari dengan kes pelaburan KWSP, lepas kes maahad tahfiz tengah hot, lepas tuh ada sorang pulak bawak kes pesta arak, hahaha, apasal semua berlaku serentak je ? ke saje je nak alih perhatian nih ? Malaysia memang tak aman sungguh dari fitnah dajjal.
Sebab banyak sangat spekulasi, fitnah, kita sabarlah, bak kata khidir kepada musa, jangan marah marah, kalau tak cukup ilmu, hahaha. Bagi aku budak 7 orang tuh berhak bela diri. Mereka belum bersalah, hanya dapat gelaran SUSPEK je. Itupun kalau mereka bersalah , ianya hanya mahkamah dunia, belum mahkamah AKHIRAT lagi. Kita ni siapa nak judge orang tuh hina ke tak, masuk syurga ke tak.
Korang rajin baca berita spekulasi ? korang tahukan, bukti boleh diwujudkan , walapun sebenarnya bukti tuh takde dalam kes tersebut. Ingatlah lagi tak kes budak yang kena tembak polis ? Polis jumpa parang dalam kereta. Lepas tuh banyak kes polis, mesti jumpa parang. Hahaha, tapi kalau dah betul, nak buat macam mana. Jadi yang penting, mahkamah akan menentukan kesalahan mereka, bukan kita netizen yang kurang ilmu dan takda bukti.

1 comment on “Fitnah 7 Remaja Dan Maahad TahfizAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge