FOKUS KEKUATAN ANAK – Sentiasa Positif, Mereka Akan Jadi Hebat

FOKUS KEKUATAN ANAK – Sentiasa Positif, Mereka Akan Jadi Hebat

Semalam saya baru sahaja bertemu mentor kami, master z dan master lyna. Antara yang saya share, eh bajet aku power lak, ialah saya suka fokus kekuatan anak. Cerita anak-anak ini sangat best, kenapa sangat best ? Sebab di sini bila kita fokus , kita tahu ianya sesuatu yang sangat positif, untuk mereka dan untuk kita juga. Oklah, jom baca lagi abang joe nak cerita panjang lebar tinggi dalam tentang topik power ini.

Kenapa Fokus Kekuatan Anak ?

Sebenarnya bila kita hidup ini, dah lama, ada tak kita perasan anak kita ni suka apa ? Macam Arreessa , dia suka sangat melayan program bahasa. Dia selalu cakap dia tahu bahasa itu dan ini. Kalau dapat belajar bahasa baru, dia mesti cerita apa yang dia kongsikan. Haritu ada orang jepun datang sekolah dia, dia pun cerita kalau selamat pagi dalam bahasa jepun macam nih. Lepas tuh dengar pasal bahasa thai, dia pun sawadikap. Tapi dia memang suka borak pasal bahasa arab dalam kereta. Hari hari tengok oh my english sampai boleh betulkan grammar adiknya maryam dikala beliau sedang menangis.

Maryam pula ialah orang yang sangat fokus. Gaya rambutnya macam aku masa kecil, ala ala einstein kot. Hahahha, dia suka buat latihan matematik, cikgu kata dia punya fokus, kalau dah buat satu latihan dia akan buat sampai cikgu terpaksa ambil buku dari beliau. Buku latihan matematik yang kami belikan, dia akan habiskan , tak peduli orang lain buat apa, habis semua dia bedal, kami ajar dia buat latihan matematik, macam bapa beliau yang hebat dan handal, hahaha.

Jangan Cepat Down Dengan Kelemahan Anak

Kelemahan anak kami ini, macam arreessa sangat sukar nak faham pasal matematik, aduih, memang skill matematik kami ini tak dapat diwarisi. Mungkin dia ikut kehebatan nenek beliau sasterawan negara ke -13. Macam maryam pun dia ada fizikal yang kurang sedikit, selalu sakit dan memang kerap semput. Kalau saya fikir masalah mereka, kami akan selalu down, hahaha, ye, akan sentiasa diselebungi kekecewaan, dan kemurungan dan ketidakstabilan politik negara.

Jadi apa yang kami buat, kami akan sentiasa sebut, “Arreessa Pakar Bahasa macam Mahazir lokman, hebat tujuh bahasa”. Lepas tuh si Maryam, kami dia akan jadi pakar Matematik, akan jadi profesor hebat di Malaysia . Macam dahlia, tuh sebab ramah sangat, saya rasa dia mungkin akan jadi politikus yang hebat. Hahahah, bajet yb dah dahlia nih. Pelajarannya, kita boleh terus murung kalau disantau oleh kelemahan mereka. Tapi kita akan sentiasa positif, kalau kita selalu sebut kepakaran mereka setiap masa dan setiap hari. Macam itulah bapa saya, dia bangga dengan kawan dia, selalu sebut saya pakar matematik, belajar engineering, dan macam macam lagi. Jadi selalulah fokus kekuatan anak.

Faiz Saaid

Seorang yang kacak berambut kerinting yang suka menulis idea merapu. Kalau ada cerita, semua cerita dia nak ulas dengan pandangan mata beliau yang sepet

This Post Has 2 Comments

  1. Betul betul. Sangkaan kita pada anak tu adalah doa jugak kan. Sangka yang bagus bagus, inshaAllah anak pun jadi hebat nanti. Doa makpak makbul inshaAllah.

    Hebat Arreesa, Maryam dan Dahlia sebab ada makpak dia yang hebat!

Leave a Reply

CommentLuv badge

Close Menu