FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Folk Rock ngan Azmyl Yunor

Folk Rock ngan Azmyl Yunor

April 6, 2009 at 7:27 AM
Dulu, saya ada jumpa Azmyl Yunor kat Urbanscape, saya sempat curi dia datang tempat bijoubazaar, pastu dia ngan selamba busking beberapa lagu. Malam tu memang layan betul. Kitorang memang minat harmonica.

Pastu dah lama tak jumpa dia, saya ada kat UTM, memang jarang nak perform sana perform sini, walaupun ada jugak balik, tapi mama selalu pesan, jangan main banyak sangat.(huhu ada post untuk kes ini, tunggu)

Selepas menambah Azmyl Yunor di facebook, dia ajak saya join dia kat Cap Square, dia suruh bawak semua harmonica, Orai, kali ini ada peluang untuk folk blues lagi.

Separuh masa pertama, dia jalan dulu, separuh masa kedua, saya masuk, main lagu lagu rancak. Saya berpeluh, tapi puas hati. Terima kasih bro!!!

Saya sempat juga tengok wayang gambar, berkenalan dengan Fahmi weeekend session, dan berkenalan juga dengan Fami Rezza (10 tahun merdeka). Duduk minum minum, berkenalan dan sebagainya.

Terima kasih, saya dan tunang saya terus balik ke rumah. Kami berehat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat