FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Gitaris Kidal Idaman

Gitaris Kidal Idaman

Gitaris Kidal Idaman . Hahaha, salam sejahtera semua, hari ni dah 11 haribulan dah, amerika dulu kena serang dengan puak yang dilabel pengganas 12 tahun lalu, time tu aku amek SPM, hahaha. Oklah, takpa, itu cerita penuh misteri dan peperangan, yang tidak boleh disetelkan, apapun, gua nak ajak lu orang berseni kejap. Oklah, dah lama gua nak bikin entry ni, tapi asyik tertangguh dalam kepala je, ok, sekarang ni mempersembahkan, entri Gitaris Kidal Idaman. Oklah, pemilihan gitaris ni, memang satu, dianya kidal, dan satu lagi, penuh bermakna bagi aku, ok apapun jom kita layan entry ni.

Gitaris Kidal Idaman

1) Kurt Cobain

Kurt memang idola gua masa baru mula-mula nak kenal muzik rock, dan yang paling penting ialah orang yang betul betul suruh aku pegang gitar dan mainkan chord lagu grunge. Tapi yang paling best masa tuh tentulah album Unplugged in New York, bila tahu kurt dah mati, so kitorang memang layan album ni, masa tuh zaman aku, abangaku, dan kawan kawan, suka sangat gitar Kapok, dan mainkan lagu About A Girl, Come As You Are dan The Man Who Sold The World. Nirvana adalah band yang hidup sampai sekarang, walaupun Dave Ghrol dan cemerlang dengan Foo Fighters, tiada penggantinya !!!

2) Tommi Iommi

Gitaris Black Sabbath, ye, gua lambat sikit dengar black sabbath ni, tapi tahulah skt skt, masa menjinakkan diri dalam dunia rock, riff black sabbath antara orang pernah sebut, dan nirvana juga aku rasa ada fluence dari riff riff berat sabbath. Tommi Iommi memang best bila sebut pasal ketabahan seorang gitaris. Jarinya yang cedera menyebabkan dia menjadi seorang yang kreatif dan unik. Gua memang layan lagu lagu dia, blues yang keras, dan jadilah heavy metal yang sedap. Paranoid mungkin riff yang biasa, tapi cuba dengar dan korek lagu lagu diorang. Salah satunya lagu yang Metallica pernah cover, Sabra Cadabra dan National Acrobat. Itu belum kira lagi zaman Black Sabbath dengan arwah Dio. hooo, ganaz !!!

3) Jimi Hendrix

Raja Gitar ni, paling gila, dan dia memang layak di gelar begitu, bagaimana dari muzik blues, dia dikatakan orang yang pertama guna overdrive dan mempengaruhi semua pemuzik blues dan rock. Senaraikan ramai pemuzik yang gilakan nya. Dan dia ni orang kulit hitam, penuh jiwa, tapi main rock tak ingat, yang banyak juga element blues. Tapi sayang , disebabkan gila dadah, meninggal pada usia awal, sama macam kurt !!!

4) Albert King

Lu ingat stevie ray vaughan punya enjut tu dia bikin sendiri ke ? Hahha, lagi kena mau ingat, sapa yang boleh buat gitar nangis, kena gigit macam kucing, itu semua kerja Albert King. Cara permainannya, lagunya, banyak mempengaruhi SRV dan ramai gitaris blues di luar sana. Yang paling otai, dia main blues pakai flying V lagi, kalah james hetfield, ahhaha. Korang tengok macam mana John Mayer cerita pasal Albert king untuk rock n roll hall of fame. hoo, Ternyata, Albert King memang mempengaruhi jiwa blues gua. Apapun lu kena cari album Born Under the Bad Sign. Dan tengok juga video klip Pretty Woman oleh Garry Moore, Albert King feat main satu part solo, tapi cukup memakan hati gua,

5) Man Keedal

Man Keedal punya pengaruh, dari jimi hendrix, ritchie blackmore dan yngwie malmsteen, jadilah Man Keedal yang kita tengok sekarang. Walaupun solo dia laju, terlaju, tapi gua suka juga cara dia gentel, sound distort nye tu pada satu ketika aku suka betul masa zaman Ella dulu. Dia penuh melodic dalam lagu lagu melayu yang ada. Dia adalah gitaris Search pada mulanya, dan menubuhkan Lefthanded, yang menjadi band lagenda tanah air Malaysia

6) Joe WINGS

Yang paling mengancam dalam Malaysia, bagi akulah. Cara Joe main gitar, lagu lagu dalam wings, buatkan gua memang melekat dengar lagu WINGS setiap kali gua naik kereta. Joe juga memang melodic, tengoklah solo lagu SEJATI yang paling berhantu sampai sekarang. Bolehlah gua cakap, JOE boleh main simple melodi dengan penuh syahdu, dan itu element yang ada dalam banyak lagu wings. Setiap kali dengar lagu wings zaman zaman jerangkung, gua terbayang bayang macam mana joe boleh cipta solo solo yang hebat. Dan, cara JOE main blues pun memang best. Boleh dikatakan, masa joe masuk wings, setiap album wings mesti ada sekurang-kurangnya satu lagu Blues, hahaha. Dan tambahan lagi, JOE yang gua perasan main slide guitar dalam lagu rock, hahaha.

Banyak lagi gitaris kidal yang lain, tapi yang gua pilih ni , memang betul betul buat jiwa gua kacau, dan mempengaruhi juga gaya permainan gitar gua, walaupun gua tak main gitar sangat, tapi apa pun, korang pun ada gitaris yang betul betul jadi contoh dan ikutan.Oklah, bye

Muzik Suatu SUMBER INSPIRASI ?

Bila bercerita tentang sumber inspirasi, sebenarnya banyak sumber inspirasi yang bagus kita ikut dan contohi, lagi lagi nabi kita muhammad, kitab suci Al-Quran, dan para sahabat. Tapi entry kali ini saya nak bawa anda satu sumber lagi, iaitu dari MUZIK . Hoo, adake macam tuh ? takpa nanti saya cerita kisah seni dalam blog ini, kalau dikupas kembali, korang akan faham kuasa muzik itu

Bila cerita pasal muzik, kumpulan muzik. memang sebenarnya ada banyak cerita motivasi, disebalik kehidupan mereka yang kadang-kala terumbang-ambing itu. Tapi keteguhan setiap kumpulan tersebut, macam kumpulan WINGS, lagu mereka yang best, tentu sekali sepertia inspirasi taming sari, tirai horizon, memang layan , dan itulah semangat yang ditiupkan dalam muzik rock. Jadi setiap muzik itu, kalau nak diceritakan memang ada kisahnya.

Bila aku cerita pasal gitaris kidal, sebenarnya ianya lagi membuatkan aku kagum dengan mereka. Contoh terbaik yang pernah aku tulis ialah Tommi Iommi dari kumpulan Black Sabbath, mungkin korang yang dengar memang pelik, tapi cerita dia tuh membuatkan kekurangan itu ialah KELEBIHAN dan ianya menjadi suatu KEUNIKAN. Jangan tak tahu, tommi iommi pernah giveup main gitar, sebab jari dia cedera masa kerja kilang. Tapi dia jadi kreatif, inovatif, sebab itu muzik mereka berat tapi layan.

Memang orang kata muzik thrash tu keras, tapi itulah dalam keras ada BERNAS, aku masih mengkaji, menghayati, kenapa METALLICA masih the best metal band dalam dunia, lepas tu jugak macam mana Cromok buat lagu ada unsur kemelayuan. Sebab itu aku suka dengar banyak kali, dan kejayaan diorang ni, buat semua orang nak main muzik, nak berjaya, nak buat sesuatu yang unik dan bagus.

Kesimpulan, Sebenarnya yang ni salah satu je, banyak lagi sumber inspirasi yang boleh korang dapat dan rasai. Itu aku tak cerita lagi kuasa alam, nature, macam dr buat, oklah takpa, nanti kita borak lagi. gitaris kidal idaman.

4 thoughts on “Gitaris Kidal Idaman

  1. Fuhh layan.. sy mmg minat main gitar masa dulu, cuma bila dh berumahtangga ni mmg slow sikit.. tp dari dulu sy mmg terpesona tngok org main gitar kidal ni.. lain mcm syoknya.. Thanks sharing 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat