Hanas Ice Cream Nenek Catering

Hanas Ice Cream Nenek Catering

Sudah lama saya merancang untuk wujudkan suatu business yang boleh membantu ramai orang.

Saya ambil masa berbulan juga untuk study dan kaji. Tiba-tiba covid menyerang kita semua. Terduduk sekali lagi. Tapi saya terus mencari peluang dalam setiap ruang.

Sehingga akhirnya saya nekad dan teruskan juga. Aiskrim cup. Ya inilah dia. Suatu perkara yang saya sendiri tak pernah jangka.

Sehingga saat dilancarkan pada umum, saya masih minta tempoh validation selama tiga bulan kononnya. Sebab takut tak menjadi. Nanti rugi sana sini.

Tapi rupanya, usahkan tiga bulan, tak sampai 3 hari, terus business partner saya cakap, esok mesti upgrade peti, tambah mesin, topup semua barang. Kita buat pukal terus. Ingat, kita nak meniaga, bukan main masak-masak.

Wahhh… Ini satu cabaran. Antara yakin dan percaya, maka esoknya terus setelkan apa yang patut. Nampak konfiden je kan. Padahal dalam hati duk tanya lagi. Betul ke apa yang aku buat ni? Serius la weyyy.

Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Alhamdulillah, semakin hari semakin lancar. Ribuan cup sudah terjual. Production demi production. RnD demi RnD. Semuanya demi memastikan rasa dan kualiti menepati citarasa semua.

Kalau sebelum ini ia hanya sebuah impian yang dilakarkan di atas vision board. Kini dah selamat memberi manfaat kepada ramai orang.

Perniagaan Hanas Icecream semakin bergerak laju. Dari bahagian memasak base aiskrim, adunan resepi, semuanya dikendalikan dengan baik sekali. Semata untuk beri yang terbaik kepada semua pelanggan kami.

Banyak lagi kalau nak tulis di sini. Macam-macam story behind the scene. Yang pasti semua manis belaka. Semanisnya Hanas Icecream.

Doakan semoga perniagaan ini diberkati dan dapat memberi manfaat kepada ramai orang. InshaAllah.

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat