FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Handle Anak Dulu Sebelum Bisnes

Handle Anak Dulu Sebelum Bisnes

Antara Anak dan Bisnes

.

“Anak2 asyik kacau je…”
“Asyik berebut hp je dgn anak2”
“Anak tak boleh tengok saya hadap laptop, mulalah mengamuk”

Ibu2 yg baru start bisnes, kalau ada dilema seumpama di atas, nasihat saya,

1) lupakan je niat berbisnes
2) uruskan anak korang. Upah pengasuh ke, hantar taska ke. Or tukar rutin ke.

Nampak kejam ke? Baca dulu.

Anak2 ni biasanya adalah sebab kenapa kita buat bisnes kan? Seharusnya anak2 ni jadi motivasi kita, bukan yg buat kita tak boleh buat apa2.

Kalau tak boleh handle anak, tak payah buat bisnes.

Kenapa?

Sbb dalam dunia bisnes ni lagi banyak benda2 yg jauh lagi teruk dari anak yg asyik mengamuk.

Orang tipu kita.
Orang maki kita.
Orang peralatkan kita.
Orang hina kita.
Orang mengata secara terang tp tak berdepan.
Orang perli.
Orang fitnah.
Orang depan senyum belakang %^#*#^
Orang kata kita buat jahat kat dia.
Ohhhhhhhh nak list semua besok pun tak habis.

Kalau hal anak pun tak boleh nak settle, macamana nak hadap benda2 tu semua?

Kita tgk sana sini org jadi jutawan dlm bisnes. Senyum je. Bahagia je. Tahu tak apa bayaran di sebalik kejayaan dan kebahagiaan mereka tu?

Kita nampak mcm mudahnya dia ni berjaya… murahnya rezeki dia… tahu tak apa yang dia lalui?

Kita nampak bertuahnya dia ni… buat apa pun jadi duit… tahu tak berapa baldi airmatanya jatuh…

Bisnes bukan benda mudah…

Orang tak cerita benda susah2, kecuali ada sebab2 tertentu. Kita pun selalunya kenal orang berjaya ni bila mereka dah berjaya. Masa mereka bukan sapa2 kita tak kenal pun dia.

Jadi handle lah anak2 tu puan2 bakal usahawan. Kalau anak2 sendiri tak boleh handle, macamana nak handle benda lain.

@kak.lyna
#iReachPreneur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat