FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Hang Pi Mana – Khalifah Muliakan PAK GUARD Dalam Lagu

Hang Pi Mana – Khalifah Muliakan PAK GUARD Dalam Lagu

Weih Hang Pi Mana ? tahlah , kita pun tak tahu nak pi mana. Selalu aku dengar dialog tuh, yang biasa dok utara tahulah dialog tuh. Hahaha, tapi dalam masyarakat kita, biasalah kita dengar, “alah dia tu tak kemana ” Hahhaha, lagi banyak isu, tapi bila aku dengar lagu Khalifah yang hit sekarang nih, baru aku faham lagu ni pasai  apa. Ada beberapa  sebab lagu ni sangat bermakna dalam sejarah lagu lagu yang ada dalam Malaysia nih, termasuk yang tengah hit kat radio/

Hang Pi Mana

Mula-mula aku dengar, hooo apa merapu nih, hahah, macam biasa Khalifah, tak boleh lari dari metal melayu, pattern metal, yang aku dah dengar sejak zaman yabang dengan Jinbara. Oklah, lagu nih, aku rasa memang rock, standardlah, ini lagu Khalifah. Lagu-lagu Cikgu Ayu, Ni Hao Ma dan macam-macam lagi.

Tapi aku start kenal Khalifah masa tuh kawan aku siap beli CD Khalifah tuh, pergh, memang dasyat album tuh, suara yabang pun tak boleh lari dulu kini dan selamanya macam tuh, memang aura diorang.

Start dengar betul betul, dua tiga kali dengar, ye, ini lagu yang patut keluar radio, dikala, banyak lagu cinta, jiwang, enjoy, lagu Khalifah yang ni memang betul-betul bawak mesej, tentang masalah anak muda sekarang.

Macam-macam isu sekarang, ada yang pilih kerja, ada yang tak suka kerja, salahkan orang tuh bawak Bangla,Myanmar , dan macam-macam lagi.
Khalifah angkat kerjaya JAGA, gaji rendah, tapi sangat sangat penting, mana hangpa semua pi, kalau takda jaga, tak selamat tempat tuh,

Ada yang aku tengok JAGA area rumah aku pun tertidur tidur, tapi itulah kerja Mulia, yang ramai orang tak sanggup nak buat, ye memang, sukar nak buat.
Dalam keseronokan hiburan cintan cintun, Khalifah menghiburkan jiwa dan hati aku, ye , kita kena kerja, orang tanya kita “Hang Pi Mana ?” jawablah “Kita p Kerja, Bukan Buat Dosa !!!”. Tahniah dah syabas kumpulan Khalifah !!!

Apapun dalam banyak lagu kat Malaysia, banyak lagi lagu yang sentuh isu masyarakat, lagi lagi tentang jiwa anak muda nih. Tahu tak ? Hahahha, takpa yang tuh next entry, nanti aku listkan senarai lagu lagu yang best untuk korang dengar dan hayati. bersama. Apapun, layan dulu lagu Khalifah kat bawah nih,

Lirik

Hang pi mana
Hang pi mana
Hang pi mana
Hang pi mana

Pagi pagi buta
Mak dan ayah dah tanya
Aku nak kemana

Berseluar yankee
Baju bunga bunga
Duduk atas tangga

Ai malu nak kata
Takkan ku nak auta
Mak ayah tercinta

Cek nak pi kerja
Insyaallah
Bukan nak pi mana

Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana

Pergi sekolah
Bukan cikgu di sana
Baju bunga bunga
Bukan tukang kebun juga

Mak ayah tanya
Cek pi buat kerja apa
Malu nak kata
Nanti apa tau juga

Anak anak mak ayah bukan tanya tanya saja
Depa tanya p mana bukan mintak duit kita
Malu apa janji kerja janji tidak buat dosa
Memang cek nak habaq tunggu lepas solo gitar

Cek pi sekolah
Memang kerja di sana
Kerja duduk saja
Sambil tengok sini sana

Kerja mulia
Bukan cek buat dosa
Gaji sederhana
Kerja jadi JAGA saja

Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah

Hang pi mana

Yabang

Hari ni bangun awal cek aku punya keyword list masuk blog, ada orang cari pasal Yabang kumpulan Khalifah. Hahha, ini memang suara unik, adakah Yabang ni memang bawa tuah kepada sesuatu band. Tapi nak tahu jugak kepoweran suara Yabang yang unik sesuai dengan genre metal melayu kumpulan Khalifah.

Nama yang aku baca kat wikipedia, yabang ni  nama penuhnya Mohammad Qidam bin Abdullullah. Mula-mula aku kenal suara yabang tentu sekali lagu Kasihnya Laila, masa tuh  dia dengan kumpulan Jinbara. Lagu tuh meletup, dan ramai mat  mat metal suka jamming lagu tuh. Yabang terkenal sekali dengan teknik Qasidah nya, hahhaha.

Tapi itulah rezeki dengan Jinbara tuh tak lama, Yabang dan Harry , membawa haluan dengan menubuhkan kumpulan Khalifah. Oh, lagu diorang ni, aku first time dengar, masa member aku beli CD, pergh memang metal layan. Lepastuh deme macam-macam lagu  keluar, tapi masa tuh kena lawan balik dengan Jinbara yang popular pulak dengan lagu Farhana, Bumi Kenyalang. Hooo, memang sukar time tuh.

Tapi Khalifah ini pun satu yang bagus, diorang tak pernah stop, dan paling terkini, tentu sekali lagu Hang Pi Mana, selepas popular dengan Cikgu Ayu dan Ni Hao Ma. Kali ini Hang Pi Mana betul-betul meletup, sebab tentu sekali mesej yang diorang bawak tuh, sifat kejujuran, kerja, tak tipu mak ayah, dan jugak pak guard. Aku sebelum ni dah buat dua entry khas pasal kumpulan Khalifah ini.

Mungkin juga aura qasidah yabang dan hang pi mana, astro awani tahun ni membawa Azan Maghrib khas sepanjang bulan ramadhan, dimana yabang sebagai bilal. Hhahaha, itulah powernya Yabang, metal melayu, jiwa qasidah akan mewarnai muzik malaysia. Teruskan usahamu Yabang dan Khalifah.

Gema Gegar Vaganza

Yang ni memang confirm, sebab sah sah Gema Gegar Vaganza program hiburan, sebab ni pun kerja mereka, industri hiburan, depa kerja buat macam nih. TApi dalam banyak banyak hiburan, nampak kali ni lebih mencabar, memang sukar gile nak buat.

1. Pemilihan lagu kali ini memang sukar, pihak produksi mesti mengkaji lagu lagu yang bagus untuk di persembahkan. Lagu tuh mesti dikaji liriknya, dan pastinya bukan lagu tangkap muat cintan cintun kosong.

2. Artis yang menyertai program ni sememangnya bukan sekadar nyanyi, mereka kena olah pulak sendiri lagu tuh, supaya mesej lagu tuh bererti dan maksudnya mendalam dan mesejnya sampai.

3. Para pemuzik dia pun akan pening kepala nak buat muzik tuh supaya ada elemen betul betul yang menusuk kalbu.Ini pun cabaran juga.

4. Bila lagu lagu dipilih dari karya rock tanah air yang hebat,itu hebatnya karya komposer kita, yang bunyinya sukar hendak dibaca, tapi kalau betul betul dihayati, memang buat kita teruja.

Cara kita menjadi khalifah ni banyak cara, setiap industri ada caranya. hahahha

2 thoughts on “Hang Pi Mana – Khalifah Muliakan PAK GUARD Dalam Lagu

  1. alaaa sama lahhh lagu kebenda ntah la memula dengar tu.. sebab hang pi mana.. macam nak pelecey orang kedah jer tauuu.. hahahha tp siap bibit ayat ada maksud nya kann

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat