Hargai Adik Beradik

Hargai Adik Beradik

Hargailah adik beradik kita, keluarga kita, darah daging kita. Yakinlah, wang ringgit dan harta dunia takkan dapat membeli nilai kasih sayang dan kesenangan berkeluarga.

Yang muda hormati yang tua, dan yang tua kasihi yang muda. ini prinsip dlm bersaudara.

Tanda menghargai hidup berkeluarga ialah berlapang dada. saling nasihat menasihati. memberi hak kepada yang berhak. suka memberi dan menggembirakan. Jagalah hati adik beradik kita. jaga hati mereka samalah ertinya menjaga hati kita sendiri.

Bersyukurlah, kehadiran adik beradik kita memberi warna yang sangat indah pada takdir yang kita lalui. setinggi mana pun kita berada. tanpa nikmat kasih sayang adik beradik. ianya jadi tawar dan terlalu sepi. menjaga hubungan adik beradik adalah sunnah anak-anak yang soleh.
Yang paling terluka melihat adik beradik berpecah ialah ibu bapa kita! Jadi, sayangi semua adik beradik kita.

Alhamdulillah, nikmat kasih sayang ini ya ALLAH.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat