FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Heliza Helmi Berkongsi Tips Mendidik Anak

Heliza Helmi Berkongsi Tips Mendidik Anak

Heliza Helmi Berkongsi Tips Mendidik Anak. Semalam, eh, beberapa hari yang lepas, sebelum kemerdekaan, gua telah menemankan isteri gua untuk melihat koleksi fashion yang cantik, oh, kawan cikgu nurul punya kedai rupanya, oh ok, ini best, oklah, tangkap gambar punya pasal, layan jelah. Memang terbaik masa perasmian tuh, tapi ada lebih dasyat lagi, iaitu kemunculan Heliza Helmi, umhh umh, ok, tapi itu tak penting sangat. hahaha

Bagaimana Orang Palestine Mendidik Anak Mereka

Inilah point yang paling best masa perasmian butik Nelyz Couture, selain dari makan sedap, nasi lemak bungkus yang super sedap, dan kesedapan air oren dan air anggur, ada benda yang membuatkan aku insaf, selain itu aku rasa bersemangat pun ada. Walaupun masih single (single ke) dan cunz comel cute, tapi kata-kata dia yang berselang seli lawak jenaka, membuatkan kami para tetamu , bloggers tegar , terdiam dan menghayati 3 point menarik yang sempat aku ingat.

Orang Palestine sangat kuat, hati mereka sangat teguh, semuanya bercita-cita nak berjihad, walaupun dalam video korang tengok diorang sengsara sangat, muka kena tendang, luka peperangan, tapi orang Malaysia yang pergi sana pulak kena SEKOLAH balik dengan orang Palestine. Bajet bajet dengan keayuan Heliza Helmi nak bagi motivasi, tapi last last orang Malaysia kena balik, menangis, sebab semangat orang Palestine sangat kuat, menghadapi dugaan yang Allah turunkan kepada mereka.

Bajet orang Malaysia nak mati syahid, tapi bila kereta kebal Israel datang, orang malaysia yang kecut perut, lari sembunyikan diri, tapi orang Palestine rilek je, memang berani, last-last , disaat rasa semua akan mati, bom orang Israel tak meletup, dan Heliza selamat sampai Malaysia dengan aman dan muka masih cunz. Tapi paling penting, Heliza selamat dan sampaikan cerita penting ini kepada kami. Ajal memang tepat pada waktunya, walaupun rasanya diri macam nak mati.

Paling penting ialah tips mendidik anak, anak kita di sini berebut nak jadi Jurutera, Doktor, anak palestine nak jadi Mujahidin, Khalifah. Dari kecil, ibunya selalu datang ke Masjid, dengar khutbah Solat Jumaat, dan suara Imam itu menusuk hati anak-anak palestine. Sebab itu diorang walaupun ibu bapa diorang dah takda, diorang tetap semangat nak ke sekolah, walaupun tahu dah darurat dan sebagainya, mereka tetap nak ke sekolah, sebab tahu ILMUlah yang akan membawa mereka ke SYURGA Allah.

Butik Baju Terbaik di Kota Damansara – Memang aku larikan sikit topik ini, sebab wife aku pun dah cover pasal fashion, koleksi terbaik dari puan Ellyna Ali, so tahniah sekali lagi kepada Elly, koleksi yang cantik, dan teruskan sukses dalam bidang anda, semoga rezeki dapat dikongsi bersama orang-orang yang memerlukan. Tahniah sekali lagi dari saya en Faiz Saaid, (bajet boleh dapat baju free,hahahha). Nak tengok banyak pun kat facebook aku ye, type je, nama Faiz Saaid, adalah tuh, macam-macam gambar ada.

Terima Kasih Heliza Helmi – Hooo, apapun, terbaik, aku sempat cakap dengan Heliza Helmi, tips dia ni buatkan kami semangat, lagi lagi kami ni business nak tolong orang, nak kena didik anak jagaan kami, sangat sangat berguna tips di atas, dan paling power ialah en Abam Akmal Azmi sebab sudi amek gambar gua dengan Heliza Helmi ni, perasan masa kat Akademi Fantasia 5 je, hahaha, oklah ni jumpa betul, dia pun sangat peramah, hahahhaha, last sekali, paling power, ialah gambar kacak gua dengan dia, ok yang ni tak masuk point penting , saje suka suka

Ais krim roti canai

Petang petang bawak anak buah lepak santai, bedal ais krim milo sambil tuh makan roti canai, sebab dah bedal ais krim, air ambil ais koaong je. Ada 6 org, roti canai order 3 keping sudah, kongsi senang.

Cuti sekolah, lepak melepak dengan sedara mara, sepupu sepapat, layan siut . hhahaha. Zaman ada smartphone, gambar. Dulu takdo, hahaha. Moment korang akan diingati , hahahha. Apapun enjoy cuti nih, lepas nih kito pergi tempat lain pulk yang best, hahaha, sib baik korang ikut cakap, hahahha. Mantop

Pelaburan Untuk Anak Kita

Buatlah yang terbaik untuk anak kita, pupuklah cintakan ilmu, cintakan Allah, cintakan Rasul, buat yang mampu, hantar anak ke sekolah yang bagus. Kalau kurang kemampuan, pupuklah sifat cintakan ilmu, bermula dari kita sendiri. Sehingga kita mati, doa anak yang soleh tetap menjadi bekalan kita di akhirat nanti.

Anak ini jugalah, yang akan mewarisi kekayaan kita. Ajarlah mereka, supaya tahu nilai kekayaan sebenar. Jangan sia-siakan amanah ini.  (Ilham dari  mohdzulkifli.com )

Gajet Time

Anak anak memang tak.boleh lepas dari bermain gajrt, handphone, tablet,laptop dan sebagainya. Kita semua tak terlepas dari kenafsuan bermain gajet sampai melalut lewat malam tanpa satu yang produktif.

Cuma masa pkp tahun lepas, mereka jadi bosan gila, jadi main game je kerjanya. Abg joe dah nampak satu keterlampauan yang sangat , abg joe terpaksa buat jadual dan peraturan.

Sebelum ni main 2 jam pagi dan 2 jam petang. Mereka memang sukar, tapi lama lama dah boleh ikut. Sekarang ni masa main gajet dah berkurang kepada 2 jam.

Selebihnya ialah waktu bermain , tengok tv. Hahaha, itupun diorang nak main, kena minta kebenaran dulu. Jadi petang semua kena main fizikal game, kreativiti game, board game, dan lain lain.

Malam youtube off dan tengok tv, dan tidur awal. Cumanya diorang ni bosan, nasib baiklah anak jiran best, main kat luar dan pergi rumah jiran.

Gajet time ni kita wujudkan, jangan risau, kita kena berani tunjukkan ketegasan kita. Nampak diorang ada handphone , tapi no, diorang takde handphone, kalau nak handphone, tunggu 18 tahun ke atas, masa tuh kena buat kerja online, belajar cari duit, hahaha.

Enjoy gajet time, lepas tuh kita berfizikal pula

Cerita Pasal Insuran Dulu

Salam sejahtera, Alhamdulillah, banyak cerita menarik yang saya baca, dan yang saya dengar dari rakan-rakan saya. Kali ini, saya suka untuk berkongsi tentang insuran perubatan. Saya dulu bermalam di hospital, bersama isteri, kerana anak kami, Arreessa Zulaikha demam yang  agak teruk.

Sukar juga, kami, dengan keaadaan tak berapa nak selesa, siang malam tak tidur lena. Kami bercuti di hospital selama 4 hari 3 malam. Anda boleh baca cerita kami di blog peribadi isteri saya di sini.

Alhamdulillah, disebabkan isteri bekerja TM, dia dapat bayaran perubatan percuma. Yang menariknya, kami tak perlu bayar sesen pun. Keluar  dengan gembira.

Lagi berita gembira, apabila, cek dari Prudential BSN Takaful sampai ke tangan kami. Alhamdulillah, Arreessa dapat RM 1200, elaun 3 hari duduk di hospital. Kami rasa lega, ini rezeki Arreessa. Boleh tambah koleksi emas Arreessa. Untuk insuran Arreessa, saya cuma perlu bayar bulanan RM150, untuk Arreessa layak mendapat  elaun RM400 sehari jika duduk di hospital.

Buat anda diluar sana, jika mampu, ambillah insuran perubatan untuk keluarga anda. Ia sangat berbaloi, Arreessa boleh dapat duit itu kembali jika dia ingin sambung belajar ke universiti.

Saya berterima kasih kepada En Anuar Kamilan, rakan kami di UTM, yang memberikan servis terbaik semasa pemprosesan cek Arreessa. Boleh hubunginya di 019-7760507 atau di facebook isterinya.

Sekian.

2 thoughts on “Heliza Helmi Berkongsi Tips Mendidik Anak

  1. Santai dan terbaik entrinya…eh meleleh tak air liur mu dengar penjelasan cerita GAZA dari Ija ? sampai boleh karang sebijik sejibik apa yang dia kongsikan haha..apa gambar mu shoot memang terbaek, penembak yg propesonale hihi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat