FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Hidup Sentiasa Ada Tekanan

Hidup Sentiasa Ada Tekanan

Assalamualaikum & Morning iReach….

Sambil kita asyik tekan calculator closing ni (hopefully tak meletup lah calculator tu), just nak share yg selagi kita hidup kita memang akan sentiasa ada tekanan atau stress. tekanan tu adalah sunnatullah atau sebahagian dari kehidupan supaya hidup kita sebagai manusia jadi lebih baik dari hari ke hari.

Tapi dengan syarat, kita tak biar tekanan luar tu buat kita koyak. Maksudnya, apa saja jadi di luar sana; prospek reject ke, prospek lambat reply ke, takde internet ke, jauh dari branch/hq ke, atau apa saja keadaan, tidak buat kita lemah.

Sebaliknya, ambillah peluang situasi yang Tuhan hadiahkan pada kita tu untuk buat kita makin bersyukur & humble enough untuk nak perbaiki diri. Maksudnya dari situ kita belajar, dari situ kita adapt, dari situ kita improve, dsb. inilah beza orang berjaya.

Org yg kita lihat berjaya hari ini, perjalanan mereka bukannya lebih mudah, hidup mereka tidak semestinya lebih senang (setiap orang ada struggle tersendiri kan?) & bukan juga dapat hasil dari hujan yg turun mcm tu je. tapi apa saja situasi, mereka ubah cara mereka melihat sesuatu, ambil peluang tu untuk perbaiki diri sekaligus menguatkan mereka untuk progress ke tahap yg seterusnya. hinggalah mereka hari ini yg u’oll tengok berjaya.

So, today is the DAY!

Bagi yg dah capai target (sampai dah upgrade status dalam GE! pewit!), setinggi-tinggi tahniah. Bagi yg masih on the way, masih ada masa. Masa2 ini follow up sangat2 membantu. Yg penting, apa pun result sebelum ini, usah give up dulu. keep on fighting!

InsyaAllah, we’ll be rewarded accordingly.

Happy closing u’oll!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat