FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Hukum Feqah Dalam Keluarga

Hukum Feqah Dalam Keluarga

Anak lelaki bila mak suruh balik kampung..mak mertua pun suruh balik hari yang sama juga..nak balik mana?
❤️ Hukum feqah kata wajib dahulukan mak kandung.

Anak perempuan bila makan bersama mak ayah dan suaminya..nak senduk nasi untuk mak ayahnya dulu atau suaminya?
❤️ Hukum feqah kata wajib layan suaminya dahulu.

Anak bila ayahnya suruh buat sesuatu..dlm masa yang sama.. mak pun suruh buat sesuatu yang lain..nak buat yang mana dulu?
❤️ Hukum feqah kata wajib dahulukan perintah mak.

Antara ibu ayah dan dan Anak Isteri mana dulu yang wajib diberi nafkah?
❤️ Hukum feqah kata wajib dahulukan Anak Isteri.

Kita ada adik beradik yang hidup susah..kawan kita pun ada yang susah..nak tolong siapa dulu?
❤️ Hukum feqah kata dahulukan adik beradik.

Urusan rumah tangga bila bertembung dengan urusan jemaah berbaiah yang kita sertai..mana dulu nak diutamakan?
❤️ Hukum feqah kata Anak Isteri dulu.

Setuju atau tidak..HUKUM TETAP HUKUM..WAJIB kita ikuti..

Kalaulah semua org faham hukum hakam agama ini. Bukankah itu dapat mengharmonikan kehidupan berkeluarga.

Lebih harmoni jika kita dapat bertoleransi dan bertolak ansur.

Contoh :

Bila kita makan dgn mertua,isteri sendukkan dahulu nasi untuk kita(suami)..kita pula beri nasi itu pada mertua. Kan cantik mcm tu.

Bila ibu boleh berkata “takpa..buat dulu apa yang ayah kau suruh buat tu..pastu buat yang mak suruh”

Inilah Tasawuf..Wallahu’alam.

#pleasecopypaste
#pleaseshare

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat