HUTANG – Definisi Kekayaan Akhir Zaman ?

HUTANG – Definisi Kekayaan Akhir Zaman ?

KENAPA HUTANG TAKDE ?

Buka sahaja lembaran baru ,hari hari menuju kematian, disedarkan dengan pesanan pak mertua tentang murah rezeki. Banyak amalan amalan yang dituntut, amalan sunat yang membawa kebahagian.┬áLagi abang labu buka muka buku, dibaca lagi tentang kehebatan 15 murah rezeki gadis ayu penjual minyak wangi, memang hebat. Lagi banyak dibaca, macam macam cara instrumen kekayaan yang boleh digunakan , semuanya hebat hebat belaka. Tapi abang labu pelik, dalam banyak tips murah rezeki, jarang sekali kita dengar kena SELESAIKAN HUTANG DULU,baru melabur. Dalam quran, hutang dibenarkan jika kita betul betul susah. Memang susah, sampai diajarnya kita menulis surat perjanjian hutang. Tapi itu zaman dahulu…..

SEKARANG KALAU NAK KAYA, MESTI HUTANG

Sekarang nih, setiap satu family, mesti buat hutang. Instrumen kekayaan sekarang semua pakai hutang. Nak kumpul istana pun kena hutang, nak kumpul kuda kuda eropah, semua guna hutang, nak hidup kerja pun guna hutang, simpanan jangka panjang pun guna hutang, nak mulakan perniagaan konvensional, perlukan hutang, hutang hutang hutang hutang, kalau gaduh pun semuanya hutang baik, jahat, terlampau jahat, hutang syaitan dan hutang hutang. Tapi bahasa hutang ini dah berlainan, dia ada nama lain yang lebih mesra , nama hutang ini dibiarkan, tenggelam. Nama jenama hutang terbaru memang dasyat. Jadi kalau terbaca tips murah rezeki lepas nih, amat jarang melihat suruh selesaikan hutang dahulu. Sebab hutang ialah definis KEKAYAAN abad ini.

AbangLabu

Faiz Saaid

Seorang yang kacak berambut kerinting yang suka menulis idea merapu. Kalau ada cerita, semua cerita dia nak ulas dengan pandangan mata beliau yang sepet

Leave a Reply

CommentLuv badge

Close Menu