FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Impak Pilihanraya USA Kepada Pelaburan

Impak Pilihanraya USA Kepada Pelaburan

IMPAK PILIHANRAYA USA KEPADA PELABURAN ANDA?

Ramai hari ini bercerita mengenai pilihanraya presiden USA. Ada yang komen nak Donald Trump menang, baru naik harga pasaran. Tak kurang juga yang jangka Joe Bidin akan menang, pasaran saham jatuh nanti.

Ramai juga yang berkongsi impak yang mungkin terjadi kepada ekonomi jika salah satu calon ini dipilih sebagai Presiden USA.

Sebenarnya, jika kita melabur untuk jangka masa panjang, siapa menang dan siapa kalah untuk pilihanraya kali ini tak penting langsung.

Kenapa?

Macam yang saya selalu beritahu kepada clients saya, pasaran saham sentiasa ada “noise” yang akan datang & pergi macam Covid-19 & Pilihanraya Presiden USA.

Lagipun, ini bukanlah kali pertama Pilihanraya USA kan?

Bila “noise” ini reda, pasaran saham akan kembali ke sifat semula jadinya iaitu sentiasa berkembang nilainya.

Bila pasaran saham sentiasa berkembang, ia juga akan kembangkan pelaburan kita sekali.

Jadi, perlu ke kita risau kalau calon favourite kita kalah?

Tak perlu langsung.

Kalau kita melabur untuk objektif jangka panjang contohnya untuk dana persaraan, kita juga perlu fokus dengan pulangan jangka panjang.

Kalau tengok graph yang saya share di bawah ini, boleh tengok kenaikan pasaran saham (S&P 500 Index) sejak dulu lagi. Tak kisah lah President USA siapa dan dari parti politik mana, pelaburan kita akan sentiasa berkembang.

Apa yang kita kena ingat adalah jangan fokus turun naik pasaran saham pada jangka pendek kalau kita melabur untuk jangka panjang.

Sudah terbukti, setiap kali pasaran saham jatuh, ia akan kembali pulih pada kadar yang lebih tinggi dan lebih lama. Jadi, bila keuntungan yang kita berjaya kumpul cukup banyak, tiada masalah untuk serap kejatuhan pasaran saham yang jarang-jarang berlaku.

Apa yang penting, dalam pelaburan ini, kita tak perlu beremosi dengan apa jua berlaku & perlu ‘stick’ kepada objektif pelaburan jangkamasa panjang.

Berminat untuk melabur ke dalam dana-dana USA? Klik link di bawah 👇

https://wa.me/60102325884
https://wa.me/60102325884
https://wa.me/60102325884

#8020empire

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat