Impian Memiliki Home Studio

alhamdulillah, sebenarnya home studio tu dah ada, kalau anda tengok dalam entry sebelum, ni, dalam SOHO saya tuh, tu dah termasuk sekali dengan home studio, semua sekali kerja senang, tapi macam biasalah, impian kena besar, hahhaa, memang teringin sangat nak home studio macam kat bawah ni. 
studio di rumah

Nak Bikin Album NINJASENI

hahaha, sebenarnya dah boleh buat, tapi biasalah, banyak sangat alasan ni, tapi seronok sungguh dapat buat satu rekoding yang betul betul proper, bajet boleh berniaga sekali dengan produk shaklee. Tapi seronok, bila datang keluar negara, boleh bawa album tuh, biar mereka dengar sikit blues melayu ninjaseni

Korang Dengar RAIHAN ?

Nak kata aku layan Metallica, sebenarnya kerja RAIHAN lagi dasyat, hahahah, jangan lupa album Puji-pujian adalah satu album yang patut jadi petunjuk kepada semua pendakwah moden dalam negara, siapa nak jadi khalifah, nak pergi serata dunia, cubalah kaji album RAIHAN ini, korang akan tahu, ada satu paten, teknik ciptaan lagu raihan yang korang akan faham, dan paten tu Nazrey Johani guna dalam banyak lagu Raihan. Hehhee,

Kenapa Muzik ?

Hehehe, mungkin aku taklah tere bab studio dan recording, tpai memang minat muzik sejak kecil, dan sampai sekarang, masih gunakan elemen muzik ini, berkarya dengan  nama ninjaseni, dan ada satu blog khas yang dinamakan HARMONIKAWAN, blog khas untuk yang nak belajar harmonika, dan cerita harmonika. Oklah, sampai sini dulu, dah senja.

0 comments on “Impian Memiliki Home StudioAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge