Isu Halal Lecithin Shaklee

BENARKAH LECITHIN SHAKLEE TIDAK HALAL ?

Salam sejahtera semua. Masalah lecithin shaklee yang ada gelatin bovine ni dah lama sebenarnya. Ada seorang bloggers popular mendakwa lecithin shaklee tidak halal dan sebagainya. Untuk menjawab persoalan itu, kita kenalah siasat dulu apa itu lecithin, kenapa lecithin itu diperlukan, apa kebaikannya dan dari mana nak dapatkan lecithin. Shaklee sendiri ada sijil perakuan halal dari badan yang diiktiraf JAKIM. Apapun, korang jangan lupa juga tengok entry entry lain saya yang menarik, selepas membaca penerangan saya tentang lecithin ini. Tentunya ramai nak tahu juga macam mana lecithin yang tidak halal dan yang halal.

lecithin shaklee ada kata tak halal, ada kata halal

APA ITU LECITHIN ?

Lecithin boleh dikira sebagai sejenis lemak juga, tapi lemak yang bagus untuk manusia. Badan manusia tak boleh hasilkan lecithin ini, jadi lecithin ini boleh diestrak dari haiwan atau tumbuh-tumbuhan. Biasanya lecithin yang komersial sekarang banyak estrack dari soya, dan dikenali juga sebagai soy lecithin. Soy lecithin ialah sumber utama untuk SHAKLEE LECITHIN. Banyak lagi info lecithin shaklee di sini.

KEBAIKAN LECITHIN SHAKLEE

Saya ada ceritakan dulu tentang kebaikan lecithin di sini. Secara dasarnya, lecithin ini dapat membantu manusia menyerap nutrien yang larut lemak seperti vitamin A,D,E,K,beta caretone. Kiranya banyak jugaklah khasiat lecithin shaklee ini. Ada yang guna untuk kurus, ada yang guna untuk orang tua kekal cergas. Soy lecithin ini juga ialah salah satu set kurus shaklee, yang boleh membakar lemak selain dari OMEGA-3.

GELATIN BOVINE DALAM SHAKLEE

Menjadi isu persoalan sekarang ialah ramai juga percaya cerita seorang bloggers yang menulis tentang gelatin bovine dalam LECITHIN SHAKLEE. Gelatin bovine ini biasanya diestrak dari binatang selain dari babi. Tapi yang bestnya pulak, gelatin ini ialah gelatin type B. Kalau ada babi, itu dikira type A.

LOGO HALAL DAN JAWAPAN DARI PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB

Shaklee malaysia telah memastikan produk shaklee dijual  di Malaysia selamat dan halal. Banyak juga orang post pasal benda ini. Shaklee telah memastikan produk mereka halal. Untuk mengetahui cerita lebih lanjut, bolehlah singgah blog wife ainul mustafa, siap-siap ada  lagi, logo halal. Dan yang paling penting, ialah respond dari Islamic Services of America (ISA) kepada mereka yang bertanya tentang lecithin . Anda sekarang tidak perlu risau, yang mengatakan shaklee tidak halal dan sebagainya.

0 comments on “Isu Halal Lecithin ShakleeAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge